Polis: “Pemandu Mabuk Pandu 7km Lawan Arus Sebelum Rempuh Staf Alam Flora”

Hari ini kita dikejutkan dengan satu lagi tragedi kemalangan kerana pemandu mabuk. Masalah ini seolah olah semakin meruncing dan tiada kesudahannya.

Seorang suspek yang berusia 42 tahun telah memandu melawan arus dari simpang Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) sehingga ke lokasi kejadian dipercayai dalam keadaan mabuk.

Dah la melawan arus, memandu dalam keadaan mabuk pulak. Membuatkan kereta dipandunya merempuh kereta yang dipandu seorang kakitangan Alam Flora.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan mangsa maut, dalam kejadian malam tadi. Netizen menyatakan rasa marah di atas kejadian tersebut. Dan pada masa yang sama sedih dan bersimpati dengan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, itu hasil siasatan awal yang dilakukan oleh polis terhadap nahas itu yang meragut nyawa, Irwan Herman Kamarudin, 41.

Dipetik dari Sinar Harian, Kamarulzaman Jusoh berkata: “Siasatan awal, mendapati suspek dipercayai baru selesai mengambil minuman keras di rumah kawan bertempat di Taman Andora Peak, Semambu dan menuju ke arah Jalan Pintasan Kuantan, kira-kira jam 9.38 malam tadi.”

Babeberapa kereta mengelak perlanggaran

“Susulan tindakan suspek memandu secara berbahaya menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa mengelak bagi memastikan tiada perlanggaran berlaku.”

“Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba lokasi kejadian, suspek telah merempuh kenderaan kereta Toyota Yaris yang dipandu mangsa sehingga menyebabkan dia meninggal dunia di lokasi kejadian.”

Mangsa meninggal dunai di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala. Ini selepas keretanya, Toyota Yaris dirempuh oleh kereta suspek – Toyota C-HR – yang dipandu secara melawan arus dan dalam keadaan berbahaya.

Suspek dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan di kaki dan terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Kamarulzaman berkata, pihaknya membuka dua kertas siasatan ke atas suspek, sebaik sahaja menerima satu lagi laporan daripada pemandu lain dalam kejadian itu.

Katanya, selain siasatan di bawah Seksyen 44 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian atau kecederaan ketika memandu di bawah pengaruh alkohol, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) akta yang sama untuk memandu laju dan berbahaya.

“Selain kemalangan maut, kita ada pemandu lain telah membuat laporan berasingan yang mendakwa bahawa suspek memandu sehingga pergeseran kenderaan berlaku sebelum nahas maut itu berlaku,” katanya.”

Suspek sudah pun direman untuk empat hari bagi siasatan lanjut.

Baca yang lain