PSG Mulakan Usaha Mendapatkan Pogba Secara Percuma, Adakah Dia Sanggup Mengkhianati Marseille?

PSG kini sudah memulakan langkah untuk mendapatkan Paul Pogba. Pengarah Sukan PSG akan mengetuai pasukan tersebut untuk memujuk Pogba menyertai mereka.

Pogba akan menjadi ejen bebas pada akhir musim ini dan boleh berpindah secara percuma selepas kontraknya tamat. Menurut peraturan Bosman, Pogba boleh berbincang dengan mana mana pasukan tanpa melalui kelabnya.

Pogba yang berusia 29 tahun dianggap calon paling ideal untuk PSG kerana dia pemain antarabangsa Perancis. Pemenang Piala Dunia itu masih belum menunjukkan minatnya untuk terus kekal di Manchester United.

Pemain itu juga sudah menarik minat PSG sejak musim lalu lagi. Namun Pogba memutuskan untuk kekal kerana Manchester United enggan mendengarkan sebarang tawaran untuk Pogba.

Kini PSG sedia mendapatkan Pogba secara percuma dan memberikan angka gaji dan bonus tandatangan yang diminta Pogba dan ejennya Mino Raiola.

Selain daripada PSG, Juventus juga berminat dengan Pogba. Namun dari segi kewangan Juventus berdepan dengan hutang sangat tinggi dan mungkin terpaksa melupakan Pogba.

Satu lagi kelab yang dilihat boleh menjadi destinasi Pogba adalah Real Madrid yang mencari pengganti jangka masa panjang untuk Toni Kroos dan Luka Modric di tengah.

Namun buat masa ini PSG dikatakan mendahului persaingan. Ini kerana Pogba dan isterinya sukakan kehidupan di Paris.

Selain itu, jika Mauricio Pochettino dipecat atau melepaskan jawatan, PSG akan cuba mendapatkan Zinedine Zidane. Ini juga boleh menjadi faktor penarik Pogba ke PSG.

Sebelum itu United menawarkan Pogba gaji sama dengan David De Gea yang ketika itu menjadi gaji tertinggi di kelab.

Kehadiran Ronaldo dan Sancho telah mengubah struktur itu. Mino Raiola sentiasa percaya Pogba seharusnya menjadi penerima gaji tertinggi di United.

Oleh kerana Man United masih cuba untuk meyakinkan Pogba untuk kekal, maka mereka mempertimbangkan untuk membayar pemain itu £500k seminggu.

Sebelum ini Mino Raiola kecewa kerana Pogba tidak menjadi penerima gaji terbesar di United ketika Alexis Sanchez menyertai United dengan gaji sangat tinggi.

Selepas pemergian Sanchez, Raiola kemudian meminta United menawarkan kontrak sama dengan seperti yang mereka berikan kepada De Gea atau lebih. Ini kerana menurut Raiola, Pogba merupakan pemain berkelas dunia dan terbaik dalam skuad United dan berhak menjadi penerima gaji tertinggi.

Berita penolakan oleh Pogba pada jendela pra musim dikatakan memberikan isyarat bahawa pemain itu sudah sedia untuk angkat kaki buat kali kedua. Namun Man United enggan menjual pemain itu.

Isu tersebut menjadi panas, di mana, ketika laporan Pogba dikaitkan dengan PSG, ada penyokong PSG yang melakukan protes kedatangan Pogba ke PSG dengan menggantung banner di luar luar kompleks latihan PSG.

Banner tersebut tertulis: “Pogba, kamu harus mendengar kata ibu kamu. Dia tak mahu kamu datang ke sini, kami pun begitu [turut tak mahu].”

Mesej itu ditujukan kepada Pogba. Di mana beberapa tahun lalu, pemain itu pernah menyatakan dia tak pernah terfikir akan bermain untuk PSG kerana keluarganya merupakan peminat Marseille yang merupakan seteru utama PSG.

Adakah Pogba akan mengkhianati Marseille?

PSG sudah lama mahukan Pogba. Namun pemain itu sudah berikrar bahawa dia tak akan ke PSG kerana cintanya kepada Marseille.

Permusuhan dua kelab itu menjadi hangat sejak era 70-an lagi. Pada 2018, Pogba bercakap kepada Canal+: “Saya sangat pasti, saya tak akan bermain untuk kelab bola sepak yang berpangkalan di Parc des Princes [stadium digunakan PSG].”

“Saya tak tertarik langsung untuk bermain di sana, kerana ayah dan ibu saya merupakan peminat Marseille. Jadi Paris tidak pernah sesuai dengan rancangan saya.”

Pogba kemudian menegaskan, sekalipun dia ingin ke PSG, pasti ibunya tidak akan merestui sama sekali dia ke sana, kerana semangat ke-Marseille-an  yang kuat dalam diri mereka.

Namun dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Lagipun Paul Pogba berada dalam fasa akhir kariernya. Sudah tentunya dia sedar inilah peak untuk dia mendapatkan pendapatan tertinggi bersama pasukan yang menjanjikan piala.

Baca yang lain