Ronaldo Sudah Hilang Kepercayaan Kepada Anugerah Ballon d’Or Dan FIFA Best

Cristiano Ronaldo telah mendakwa bahawa Ballon d’Or dan Anugerah Bola Sepak FIFA Terbaik telah hilang prestij dan kredibilitinya.

Lionel Messi memenangi kedua-dua anugera tersebut untuk 2023 sebelum Erling Haaland dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik pada majlis Anugerah Bola Sepak Globe 2023 di Dubai pada hari Jumaat.

Sementara itu, Ronaldo memenangi tiga trofi daripada Globe Soccer pada hari Jumaat. Kapten Al Nassr itu memenangi anugerah Pemain Timur Tengah Terbaik dan Pemain Kegemaran Peminat. Kedua-dua anugerah itu diputuskan menerusi undian.

Tetapi anugerah ketiga Ronaldo berdasarkan statistik semata-mata kerana dia menerima Anugerah Maradona untuk menamatkan 2023 sebagai penjaring terbanyak dalam bola sepak dunia.

Ronaldo, yang menjaringkan 54 gol dalam 59 perlawanan pada 2023 untuk Al Nassr dan Portugal, kemudian memberitahu Record: “Ballon d’Or dan The Best telah hilang kredibilitinya. Nombor adalah realiti.

“Kita perlu menganalisis sepanjang musim. Ini bukan untuk mengatakan bahawa Messi tidak layak menerima anugerah itu, atau Haaland malah [Kylian] Mbappe lebih layak. Saya tidak lagi percaya dengan anugerah ini [Ballon d’Or dan FIFA Best].

“Bukan kerana saya menang di Globe Soccer tetapi ini adalah fakta, nombor ada dan mereka tidak menipu. Mereka tidak boleh merampas trofi ini [Anugera Maradona] daripada saya kerana ia adalah realiti. Saya lebih gembira kerana angka itu adalah fakta .

“Jika anda kembali dan melihat apa yang berlaku di Man United dan Portugal, orang sebenarnya menganggap saya pihak yang kalah. Tetapi sebenarnya saya fokus dan mempunyai tempoh yang hebat di Al Nassr, itulah sebabnya saya menjaringkan 54 gol dalam setahun.”

Ronaldo sebelum ini pernah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan daripada Globe Soccer enam kali sejak ia dilancarkan pada 2011. Dia adalah satu-satunya pemain yang memenangi anugerah itu lebih daripada sekali.

Bekas penyerang Real Madrid dan Manchester United itu memenangi Ballon d’Or pada 2008, 2013, 2014, 2016 dan 2017, tetapi dia kini tiga kemenangan di belakang pemenang 2023 Messi.

Messi juga telah memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA lebih banyak kali daripada Ronaldo. Ikon Portugis itu memenangi dua edisi pertama anugerah itu pada 2016 dan 2017 tetapi dia tidak menerimanya sejak itu, manakala Messi mengambil trofi itu untuk 2019, 2022 dan 2023.

Baca yang lain