Scammer Nigeria Ini Jual Lapangan Terbang $242 Juta Kepada Syarikat Di Brazil

Korang pernah terfikir tak seorang scammer menipu sehinggakan orang percaya bahawa dia benar benar menjual sebuah lapangan terbang?

Pada 2002, dunia dikejutkan oleh kisah seorang penipu legenda dari Nigeria bernama Emmanuel Nwude. Definisi sebenar bad genius.

Dia bukan menipu kawan kawan, ataupun pinjam duit lepas tu lupa bayar, ataupun berkata on the way. Tak! Dia menipu syarikat besar sehinggakan dia menjadi jutawan.

Sebelum menjadi penipu, Emmanuel Nwude pernah berkhidmat sebagai Pengarah di Union Bank of Nigeria.

Berdasarkan pengalamannya, dia mengetahui selok belok dan banyak maklumat dan dokumen penting yang tidak diketahui oleh orang lain.

Bermodalkan kepakaran itu, dia menjadi penipu di mana pada tahun 1995 Nwude melakukan penipuan paling terkenal dalam sejarah.

Dia berpura-pura menjadi Gabenor Bank Pusat Nigeria, Paul Ogwuma, untuk melakukan rundingan perniagaan dengan seorang pengarah di Banco Noreste Brazil, Nelson Sakaguchi.

Dalam rundingan itu, Nwude berjanji akan membina empayar perniagaan dengan membina lapangan terbang di tengah ibu negara Nigeria, Abuja. Dia menjual airport itu kepada Sakaguchi yang akan menjadi pemiliknya kelak.

Jumlah pembinaan lapangan terbang itu bernilai $242 juta. Menjadikannya antara jenayah top 10 di dalam sejarah.

Sebagai tawaran, Nwude meminta Sakaguchi untuk melabur di lapangan terbang baru yang akan dibina itu.

Nwude meminta sejumlah wang untuk komisyen sebagai bonus dia mengusahakan pembinaan tersebut. Dia meminta $10 juta dolar AS daripada Sakaguchi.

Setelah rundingan dijalankan, penipuan itu tidak dapat dikesan selama lebih dari satu tahun. Dengan projek pembinaan lapangan terbang itu dikatakan berjalan seperti biasa. Sebenarnya scam.

Nwude menghantar laporan projek palsu dengan gambar pembinaan yang dia rembat dari mana entah.

Hingga akhirnya pada tahun 1997, ketika sebuah bank Sepanyol memutuskan untuk mengambil alih pegangan saham di Banco Noroeste Brazil.

Mereka melihat keanehan dalam transaksi itu, dengan pegawai dari bank Sepanyol bertanya tentang jumlah wang yang dimiliki Noroeste di beberapa kawasan.

Mereka mulai menyesyaki ada penipuan dan kegiatan jenayah, kerana didapati bahawa Sakaguchi telah melabur di dalam projek Emmanuel Nwude dari tahun 1995-1998.

Sakaguchi telah memasukkan wang sebanyak $242 juta dolar AS untuk membina lapangan terbang yang tidak pernah wujud.

Namun, Nwude tidak terus ditangkap sehinggalah pada 2002 pemerintah Nigeria menjalankan siasatan.

Kemudian pada tahun 2004 setelah Sakaguchi memberi keterangan, Nwude ditangkap dan dipenjara selama 5 tahun dan dibebaskan pada tahun 2006.

Baca yang lain