Setiausaha Agung FIFA Nekad Cari Dukun Untuk Pulihkan Sadio Mane

Setiausaha Agung FIFA Fatma Samoura telah berkata bahawa Senegal akan menggunakan khidmat dukun untuk membantu Sadio Mané pulih.

Ini bagi membolehkan pemain Bayern Munich itu bersaing dalam Piala Dunia yang akan datang.

Dalam temu bual eksklusif dengan Europe 1, Setiausaha Agung FIFA yang berasal dari Senegal, Fatma Samoura telah menyatakan bahawa negaranya sanggup melakukan apa sahaja untuk membawa Sadio Mane menaiki pesawat ke Qatar tidak kira apa yang diperlukan, termasuk menggunakan dukun.

Mane, 30, digantikan pada minit ke-20 perlawanan Bayern Munich menentang Werder Bremen. Keesokan harinya, tahap keterukan kecederaan itu didedahkan oleh L’Equipe, mendedahkan bekas pemain Liverpool itu dijangka akan berehat sehingga sebulan.

Jadi, itu bermakna Mane akan terlepas Piala Dunia.

“Ia berita yang sangat besar dan menyedihkan”, reaksi Fatma Samoura, Setiausaha Agung FIFA, dalam temu bual eksklusif.

“Kami akan menggunakan dukun kami,” kata wanita berbangsa orang asli Senegal itu ketika diwawancara Europe 1 Sport.

Menjawab sama ada dukun berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah tersebu, Fatma menjawab dengan nada ketawa: “Saya tidak tahu tetapi dalam apa jua keadaan kali ini kami akan merayu mereka”,

“Kami berharap keajaiban, dia harus berada di sana.”

Sementara itu, laporan baharu menyatakan bahawa Jurulatih Senegal Alliou Cisse akan meletakkan Sadio Mane dalam senarai Piala Dunia walaupun dia hanya cergas untuk bermain perlawanan ketiga peringkat kumpulan Piala Dunia.

Mane boleh menjadi pemain penting di padang latihan dan memberikan motivasi kepada pemain pemain lain, jika dia tidak dapat beraksi.

Sadio Mane menjadi bintang utama negaranya ketika membantu mereka memenangi Piala Afrika yang lalu.

Baca yang lain