Shearer: ‘Jika Kane Nak Sertai Bayern, Saya Akan Hantar Dia’

Alan Shearer berseloroh menyatakan bahawa dia benar benar menyokong idea Harry Kane ka Bayern Munich.

Bayern Munich dilaporkan sudah melancarkan bidaan rasmi untuk mendapatkan Kane dengan nilai £60 juta.

Namun bidaan itu dengan cepat ditolak Spurs yang menganggap itu satu penghinaan. Mereka tidak menjual Kane dengan harga serendah itu.

Kane diletakkan tanda harga £100 juta oleh Spurs. Dan untuk kelab Inggeris nilainya lebih tinggi.

Sebelum ini Spurs pernah menolak tawaran £110 juta daripada Man City untuk mendapatkan Harry Kane.

Mendengar berita Bayern mahukan Kane, Alan Shearer berharap penyerang itu pergi ke Bayern.

Pada masa yang sama dia boleh kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman di EPL jika Kane ke sana.

Di mana Kane sudah memintas Wayne Rooney pada musim ini.

Ketika ini Kane hanya berada di belakang Shearer dalam senarai penjaring terbanyak EPL sepanjang zaman.

Shearer berkata: “Jika Harry Kane mahu menyertai Bayern, saya akan menghantarnya dengan memandu persetubuhan keretanya ke sana sendiri. Saya akan buat apa saja untuk melinduingi rekod jaringan Liga Perdana Inggeris saya sebanyak 260 gol.”

 

Ramai percaya Kane harus berpindah ke Bayern Munich atau Manchester United untuk memenangi trofi pertama dalam karier profesional beliau.

Kane juga ditakatan berminat untuk ke Bayern Munich untuk merasai cabaran baharu di dalam kariernya.

Namun buat masa ini, Spurs tidak berminat menjual pemain itu.

Levy malah berharap Kane akan bersara di Spurs. Levy yakin Kane akan memenangi trofi selepas ini bersama Spurs.

Baca yang lain