TERKINI: Juventus Berjaya Sailang Arsenal Dapatkan Vlahovic Dengan Kontrak €7 Juta Semusim

Perebutan antara Arsenal dan Juventus untuk mendapatkan Dusan Vlahovic nampaknya sudah sampai ke penghunjungnya.

Ini selepas Juventus dikatakan sudah mempersetujui harga perpindahan Vlahovic.

Saga perpindahan Vlahovic dan Arsenal kali ini menjadi perhatian ramai. Kerana ianya berlarutan dari awal jendela perpindahan dibuka. Dan tiada sebarang bidaan rasmi dibuat Arsenal kerana berlaku kesukaran ketika rundingan dengan pihak ejen pemain itu.

Arsenal sebenarnya terlalu banyak berkorban masa untuk Vlahovic. Jadi, terlepas Vlahovic pastinya akan memberikan tamparan kepada Arsenal.

Sebelum ini, laporan oleh Calcio Mercato di Itali menyatakan bahawa, Vlahovic memang sudah lama menentukan destinasi seterusnya adalah Juventus.

Pemain itu malah sedia untuk menyertai Juventus pada musim hadapan dan sudah menyatakan persetujuan secara verbal dengan kelab itu.

Arsenal yang menjadikan Vlahovic sebagai sasaran utama telah membuat tawaran sekitar sekitar €60 juta ditambah dengan perpindahan tetap Lucas Torreira.

Arsenal sangat terdesak untuk mendapatkan penyerang prolifik Fiorentina itu selepas membekukan Pierre-Emerick Aubameyang daripada skuad utama.

Selain itu, Alexandre Lacazette dan Eddie Nketiah berada di tahun akhir kontrak mereka. Nketiah tidak pernah menunjukkan potensinya sebagai penyerang kelas dunia.

Kemudian, wartawan Itali iaitu Giacomo Scutiero menyatakan bahawa Vlahovic dan Juventus sebelum ini sudah membuat kesepakatan secara verbal untuk pemain itu menyertai mereka pada akhir musim ini.

Scutiero juga menjelaskan bahawa Juventus sedia untuk berbelanja besar untuk Vlahovic sahaja berbanding dengan sasaran lain. Dan Vlahovic sendiri bersedia untuk menyertai walaupun Juventus gagal mendapat ke Liga Juara-Juara Eropah sekalipun pada musim depan.

Rundingan dengan Arsenal turut menjadi rumit kerana ejen Vlahovic dikatakan bermain tarik tali dengan Arsenal.

Walaupun Fiorentina pernah membuat penyokong mereka berang selepas membenarkan Roberto Baggio menyertai Juventus pada 1990. Dan kemudian perpindahan Federico Bernadeschi pada 2017.

Namun hubungan kedua dua kelab semakin rapat kerana Juventus secara tak langsung pernah menyelamatkan Fiorentina daripada bankrap ketika membeli Federico Chiesa dengan harga €65 juta.

Jika tidak Fiorentina dalam masalah besar terutama sekali ketika musim pandemik selepas itu.

Zach Lowry kemudian menyatakan bahawa Juventus sudah mencapai kesepakatan €67 juta berserta beberapa klausa bonus untuk mendapatkan Vlahovic. Dengan Alvaro Morata boleh menjadi salah satu pakej yang disertakan.

Abang Here We Go turut menyatakan bahawa Juventus sudah melakukan bidaan rasmi. Kini tinggal Dusan Vlahovic sahaja yang menentukan sama ada beliau mahu pergi ke tak.

Ianya selepas pihak Fiorentina menyatakan bahawa mereka memang terbuka untuk menjual pemain itu. Selagi lagi tawaran di atas tanda harga yang mereka letakkan.

Nico Schira pula menyatakan bahawa kontrak Vlahovic akan bernilai €7 juta semusm.

Arsenal semalam dilaporkan sudah pun sedia untuk mendapatkan pilihan alternatif mereka iaiti Alexander Isak yang menjadi bintang Sweden dalam Euro yang lalu.

Bukan itu sahaja, Arsenal juga meletakkan nama Dominic Calvert Lewin dalam senarai pilihan mereka selain daripada Jonathan David.

Atau mungkin Arsenal akan kembali meletakkan kepercayaan kepada bekas kapten mereka, Pierre Emerick Aubameyang selepas ini?

Apa yang pasti, posisi serangan adalah posisi yang sangat penting untuk Arsenal selain daripada defensive midfielder.

Untuk back 4, boleh dikatakan Arsenal sudah settle down sekali dengan penjaga gol.

Di serangan, mereka ada pemain seperti Saka dan Martinelli dan Smith Rowe untuk posisi sokongan. Cuma posisi no.9 utama yang sangat diperlukan ketika ini oleh The Gunners.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.