Tottenham Gagal Dapatkan Antonio Conte

Tottenham bakal terus mencari pengganti Jose Mourinho bagi mengurus pasukan itu.

Sebelum itu Mourinho telah dipecat kerana gagal menempatkan pasukan di tangga 4 tempat teratas liga.

Pengurus dari Portugal itu berpeluang menghadiahkan 1 trofi kepada kelab namun gagal apabila tewas 0-1 di tangan Man City dalam perlawanan akhir Piala EFL atau juga dikenali sebagai Carabao Cup.

Tottenham gagal mendapatkan sasaran pertamanya, Julian Nagelsmann yang memilih untuk menyertai Bayern Munich.

Bayern Munich telah membayar pampasan sebanyak €25 juta kepada RB Leipzig dan Nagelsmann diberi kontrak 5 musim berserta gaji €8 juta semusim untuk menggantikan Hansi Flick.

Totenham cuba mendapatkan Flick tetapi Flick tidak berminat menyertai Tottenham dan akan menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan Jerman selepas kejohanan Piala Eropah berakhir.

Sasaran seterusnya ialah Brendan Rodgers namun Rodgers masih gembira untuk kekal bersama Leicester City lebih-lebih lagi selepas menjadi juara Piala FA.

Tottenham melihat Antonio Conte sebagai sasaran ke-4.

Conte: Hal Kontrak, Gaji Dan Pembelian Pemain Baharu Sebelum Sahkan Sebagai Pengurus Tottenham

Antonio Conte mempunyai masalah dengan Inter Milan apabila kelab merancang menjual pemain bagi meraih wang dan memotong sebahagian gaji pemainnya.

Conte mencapai kata sepakat bersama Inter untuk menamatkan kontraknya.

Tempat yang ditinggalkan Conte diisi oleh Simone Inzaghi yang memilih untuk tidak menandatangi sambungan kontrak yang sudah siap disediakan oleh Lazio.

Inzaghi Tolak Kontrak Kekal Di Lazio Untuk Sertai Inter Milan

Conte telah menjuarai 5 kejuaraan liga sejak sedekad lalu menyasarkan sebuah pasukan yang boleh memburu kejuaraan.

Tottenham menyasarkan kejuaraan musim hadapan. Conte melihat Tottenham tidak mampu melakukannya dalam masa terdekat ini.

Conte juga enggan bekerjasama dengan pemain muda kelab dimana Tottenham berharap mendapat seorang pengurus yang boleh menaikkan beberepa pemain muda ke peringkat tertinggi seperti apa yang dilakukan oleh Mauricio Pochettino.

Di pihak kelab pula, mereka tidak bersetuju dengan pelan Conte yang mahu membawa 4 kakitangannya ke Tottenham.

Beberapa lagi isu yang tidak mendapat kata sepakat adalah tentang gaji yang bakal diterima oleh pengurus dari Itali itu. Dilaporkan Tottenham menawarkan kurang €3 juta dari apa yang diminta oleh pengendali berusia 51 tahun tersebut.

Terdapat banyak persoalan bagaimana Tottenham mampu berbelanja besar kerana kelab masih perlu membayar €1.2 bilion hutang stadium baharu dan masalah Covid yang melanda dunia.

Bagaimana Tottenham boleh mencapai sepakat ketika Conte keluar dari Inter Milan kerana tidak bersetuju dengan pelan penjimatan disana?

Dalam perkembangan lain Tottenham berjaya mendapatkan Fabio Paratico untuk berada di kerusi Pengarah bola sepak kelab. Kontrak bekas pengarah sukan Juventus ini akan ditandatangani minggu depan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di