Inzaghi Tolak Kontrak Kekal Di Lazio Untuk Sertai Inter Milan

Inter Milan telah mengesahkan Simone Inzaghi sebagai pengurus baharu pasukannya.

Inzaghi dilantik bagi menggantikan Antonio Conte selepas pengurus itu tidak bersetuju dengan pelan menjual pemain. Inter mahukan sekitar €80 juta dari aktiviti tersebut.

Pelan itu dilakukan untuk mengimbangi kewangan pasukan. Malah kelab juga merancang untuk memotong sebahagian gaji pemain. Mengikut pelan asal, Inzaghi tidak dapat membeli pemain baharu malah berisiko kehilangan pemain penting.

Inzaghi diberi kontrak selama 2 musim. Perkara pertama yang dilakukan oleh pengurus ini adalah menghubungi penyerang utama, Romelu Lukaku.

Lukaku sebelum ini menarik minat beberapa kelab besar namun telah mengesahkan kekal di Inter. Simone skali lagi bakal bekerjasama dengan penyerang prolifik selepas Ciro Immobille di Lazio.

Simone Inzaghi merupakan pemain Lazio, dia telah menghabiskan 11 tahun sebagai pemain dan 11 tahun lagi sebagai staf kejurulatihan termasuk sebagai pengurus.

Selepas dilantik mejadi pengurus pasukan senior pada tahun 2016, Inzaghi berjaya membawa pasukan ini ke Liga Juara Eropah selepas 13 tahun gagal.

Sepanjang 5 musim Simone memenangi 1 trofi Serie A, 3 Copa Italia, 2 Piala Super Italia dan 1 Piala Super Eropah ketika bersama kelab itu.

Ketika melatih pasukan B19 Inzaghi juga menjuarai 2 kali Copa Italia bawah umur.

Walaupun banyak menghabiskan masa sebagai sebahagian dari Lazio, tawaran yang hadir dari Inter Milan tidak mampu ditolak olehnya.

Lazio masih menagih khidmatnya tetapi Inzaghi telah mengubah fikiran dan menyertai Inter Milan.

Kelab sedang menawarkan kontrak baharu bernilai €2.2 juta semusim selama 3 tahun. Tidak sampai 24 jam kontrak itu disediakan kelab mengumumkan Inzaghi akan meninggalkan kelab.

“Kami menghargai Inzanghi sebagai pemain yang pernah bersama-sama keluarga Lazio selama bertahun-tahun. Banyak kejayaannya bersama Lazio.”

“Secara peribadi, saya kecewa. Dia berubah fikiran dalam masa sehari.”

“Kontrak sudah siap, saya sudah tandatangan tinggal tunggu dia (Inzaghi) tetapi dia tidak datang.” -kata Presiden Lazio, Claudio Lotito dalam Gazzetta dello Sports

Untuk rekod Lazio hanya menamatkan liga ditangga ke-6. Lazio gagal mengulangi kedudukan seperti musim sebelumnya yang membawanya ke pertandingan Liga Juara Eropah.

Sementara itu Inter mempunyai musim cemerlang apabila menamatkan penguasaan Juventus untuk menjuarai Serie A.

Sejak 4 dekad lepas hanya 3 pengurus berjaya mengangkat Inter sebagai juara Serie A. Mereka ialah Roberto Mancini, Maurinho dan Antonio Conte. Inzaghi mempunyai 3 tahun peluang untuk meletakkan dirinya sebagai pengurus ke-4 melakukanya.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.