Tottenham Nak Raya

Tottenham Hotspur nampaknya telah nekad untuk mencari pengganti Hugo Lloris yang kian dimamah usia.

Prestasi Lloris musim lalu benar benar goyah. Lloris sudah mengumumkan persaraan daripada pasukan kebangsaan Perancis untuk fokus sepenuhnya kepada Spurs.

Lloris menegaskan dia tidak mampu lagi menghadapi jadual yang padat kerana sudah berusia.

Lloris malah mengkritik jadual padat di kalendar domestik dan antarabangsa. Membuatkan ramai pemain bola sepak berdepan tekanan mental selain daripada fizikal.

Spurs sedia untuk mendapatkan penjaga gol Brentford yang kian meningkat naik iaitu David Raya.

Fabrizio Romano menyatakan bahawa setakat ini Spurs berada di landasan tepat untuk mendapatkan David Raya dengan nilai perpindahan sekitar £40 juta.

Kontrak semasa Raya akan berakhir pada musim panas 2024. Dan pemain itu kelihatan tidak akan menyambung kontraknya di Brentford. Dia bersedia untuk menyertai pasukan lebih besar pada jendela perpindahan kali ini.

Spurs tak mahu terlepas Raya

Spurs risau pemain itu akan memilih kelab lain apabila dia bergelar pemain ejen bebas. Terutama sekali Man United yang turut berminat mendapatkan David Raya.

David Raya juga dikatakan setuju dengan idea untuk menyertai Spurs pada musim ini.

Dalam tweetnya, Fabrizio Romano berkata: “Persetujuan dari segi terma peribadi dengan David Raya hampir dimuktamadkan. Mereka berunding dengan Brentford, jadi saya rasa Tottenham ada peluang yang sangat baik untuk menyelesaikan perpindahan ini.”

“Mereka akan membayar £40 juta, jadi nilai pasarannya sudah berubah. Namun saya yakin akan ada rundingan seterusnya yang akan berlaku dalam masa terdekat.”

David Raya antara penjaga gol yang sangat baik di EPL. Di mana dia bermain dalam 39 penampilan dalam semua pertandingan dan mencetak 12 clean sheet.

Dia juga merupakan ball playing keeper. Jadi sangat sesuai untuk pasukan yang menggemari gaya permainan dengan binaan dari bawah.

Dari segi penyelamatan dia melakukan 77% ratio penyelamatan. Maka dia adalah pemain yang benar benar mengujakan untuk ditambah ke dalam skuad Ange Postecoglou pada musim panas ini.

Namun Raya pastinya sedar, dia harus melalui persaingan dengan kapten pasukan Hugo Lloris.

Baca yang lain