Tuchel Simpati Dengan Apa Yang Sedang Menimpa Aubameyang

Thomas Tuchel mengakui dia ‘kesal dan simpati’ dengan apa yang berlaku kepada Pierre-Emerick Aubameyang dan dia akan menghubungi bekas penyerangnya selepas pemain antarabangsa Gabon itu dilucutkan jawatan kapten Arsenal minggu ini.

Arsenal mengesahkan bahawa penyerang £350,000 seminggu itu telah dipecat daripada tugasan kapten berikutan pelanggaran disiplin ‘terkini’ minggu lalu, yang menyaksikan dia pulang lewat dari Perancis selepas melawat ibunya yang sakit.

Aubameyang tidak terlibat dalam kemenangan The Gunners ke atas Southampton dan West Ham sejak insiden itu, dengan pemain Perancis, Alexandre Lacazette mengetuai pasukan London Utara.

Dan bos Chelsea, Tuchel, yang bekerjasama dengan Aubameyang semasa di Borussia Dortmund, berkata dia akan bercakap dengan pemain Gabon itu pada satu masa nanti, dan dia ‘kesal’ dengan apa yang berlaku pemain berusia 32 tahun itu.

“Saya akan [menghubungi dia], saya akan lakukannya pada satu masa yang sesuai. Tetapi, anda tahu, saya juga tidak mahu juga mengganggu [dia],” kata pengurus Chelsea itu.

“Saya fikir dia adalah pemain yang sangat penting untuk saya dan kami mempunyai hubungan yang sangat rapat sehingga hari ini. Apabila kami bertemu ia masih sentiasa sangat, sangat bagus.”

“Saya hanya boleh mengatakan perkara terbaik tentang Auba sebagai pemain dan sebagai seorang insan.”

Tuchel kemudian merasa kesal dengan apa yang berlaku kepada prestasinya dan juga masalah yang dihadapinya.

Aubameyang masih bergelut dengan prestasinya pada masa ini. Ditambah pula dengan berita dia dilucutkan jawatan kapten.

Namun pada masa yang sama, Tuchel menjelaskan dia bukan bercakap tentang tindakan  Arsenal yang menghukum pemain itu. Dia cuma bercakap atas kapasiti dia rapat dengan Aubameyang.

Soal betul dan salah tindakan Aubameyang adalah terserah kepada Arsenal. Kerana mana mana kelab ada polisi disiplin mereka tersendiri.

“Saya simpati kepadanya kerana dia menghadapi masalah. Ini bukan di mana situasi yang dia harus berada dengan kualiti dan watak positif yang dia ada – dan saya masih percaya pada itu.”

“Tetapi saya tidak mahu masuk campur, dan saya tidak mahu terlibat dalam apa yang berlaku di kelabnya sekarang. Saya mahu menunjukkan rasa hormat saya [kepada Arsenal] dan tidak terlibat dan tidak menilai apa yang betul dan salah.”

“Saya hanya bercakap dari gambaran saya dengan dia, dan hubungan saya dengan Auba dan ianya tak akan terjejas kerana apa yang berlaku ketika ini.”

Baca yang lain