Video Aksi Menumbuk Mike Tyson Yang Membuatkan Nurmagomedov Dan The Rock Terpaku

Mike Tyson digelar juga dengan gelaran Iron Mike dan juga seorang pembela harimau di rumahnya. Ada dua ekor harimau dia bela. Ini bukan jenis harimau yang buat fb live la ye. Ini harimau yang betul betul punya.

Di zaman kegemilangannya, Iron Mike merupakan petinju yang sangat digeruni. Musuhnya akan habis binasa kerana kehebatan beliau di dalam gelanggang.

Mike Tyson kini sudah berusia 53 tahun. Namun satu video latihan peribadi dipostkan beliau di Instagram telah menarik perhatian ramai pihak termasuk daripada petarung petarung profesional.

Keadaan fizikalnya memang dalam kondisi yang terbaik. Mike Tyson dilaporkan sedang bekerja keras untuk membentuk shape terbaik untuk badannya.

The Rock aka Dwayne Johson berkata: “My bro, kau dah buat aku dah sedia belari menembusi dinding MF tu sekarang. Ok aku nak ke gym sekarang.”

Juara UFC, Khabib Nurmagomedov pula terpegun dan terpaku dengan kondisi fizikal dan ketangkasan Mike Tyson pada usia beliau 53 tahun.

Lalu Khabib menganggap ia sesuatu yang sukar dipercayai serta berada di tahap berbeza dengan yang lain daripada manusia lain berdasarkan umur bang Mike.

Khabib menulis: “Sukar dipercayai, ini dah level lain dah ni.”

Bulan lalu Mike Tyson bercadang untuk melakukan satu pertarungan amal bagi mengutip dana kebajikan. Tyson menyatakan ketika ini sangat ramai yang terkesan dan memerlukan wang.

Beliau berkata dalam satu wawancara: “Itu sukar, badan saya betul-betul naik dan sangat sakit akibat memukul sarung tangan (mitts).”

“Saya sudah berlatih, dan saya telah berusaha masuk ke gelanggang, saya rasa saya akan membuat beberapa pertarungan pertunjukan dan beraksi.”

“Saya ingin pergi ke gimnasium dan bertenaga agar dapat beraksi dalam tiga atau empat pusingan untuk menyumbang kepada beberapa badan amal.”

“Beberapa perlawanan amal, menjana sejumlah wang, menolong ibu-ibu yang kehilangan tempat tinggal dan mereka yang terkesan kerana dadah seperti saya.”

View this post on Instagram

The original #tigerking

A post shared by Mike Tyson (@miketyson) on

“Saya melakukan dua jam dengan kardio, saya mengayuh basikal dan treadmill selama satu jam, kemudian saya melakukan beberapa angkatan ringan, 300, 250 kali reps.”

Faktor usia membuatkan Mike Tyson tetap merasa sakit, tak macam dulu la. Beliau menyatakan bahawa, selepas latihan, badannya seperti lepas dipukul 3 orang.

“Saya mula menggabungkan kombinasi itu. Saya agak kesakitan, saya merasa seperti ada tiga orang yang menendang saya.”

Tetapi tidak semua orang berminat untuk melihat Iron Mike kembali dalam gelanggang. Rakan dan bekas lawannya, George Foreman menganggap Tyson harus tetap bersara.

Mengirim di Twitter dia berkata: “Tyson telah melakukan cukup banyak perkara untuk tinju.”

“Tidak perlu lagi dia nak kembali. Dia sudah berada di Hall of Fame dan merupakan seorang petinju yang hebat. ”

Korang boleh lihat aksi Mike Tyson pada usia 53 tahun melakukan  aksi ini:

Padu bukan? Laju dia memang luar biasa gilanya. Tak ramai yang berusia lebih 50 tahun boleh mencapai speed seperti itu.

Mike Tyson merupakan petinju yang dikenali dengan hubungan rapatnya dengan Muhammad Ali yang merupakan idolanya.

Beliau kerap mengunjungi Muhammad Ali dan mengiktiraf petinju itu sebagai legenda terbaik sepanjang zaman.

Mike Tyson sangat mengagumi Muhammad Ali sebagai seorang atlet dan juga sebagai seorang insan yang bepekerti tinggi.

Muhammad Ali dan Mike Tyson sangat rapat. Sehinggalah petinju legenda itu menghembuskan nafasanya yang terakhir.

Baca juga berita lain berkaitan Mike Tyson:

Syarikat ‘Tenang’ Mike Tyson Yakin Dapat Beli Nama Nou Camp

Mike Tyson Bayar RM1 Juta Kepada Perempuan Yang Diserang Harimaunya

‘Mayweather Sedang Khayal, Klaim Dirinya Lebih Hebat Daripada Muhammad Ali’