‘Mayweather Sedang Khayal, Klaim Dirinya Lebih Hebat Daripada Muhammad Ali’

Mike Tyson menganggap Floyd Mayweather sebagai seorang yang delusional dan terlalu berfantasi.

Ini apabila Floyd Mayweather mengiktiraf dirinya sebagai petinju terbaik sepanjang zaman, dan mengatasi Muhammad Ali.

Muhammad Ali terkenal dengan gelaran The Greatest di dalam lapangan tinju kerana kehebatan beliau dan juga perjuangan beliau di dalam kariernya.

Ali merupaka idola kepada Mike Tyson. Di mana Mike Tyson pernah menyatakan: “Kekalahan Muhammad Ali juga kekalahanku.”

Ali dikenali dengan gaya pertarungan yang sangat menarik dan menyerang. Tyson kemudian menganggap cara Ali berbeza dengan Mayweather yang lebih kepada gaya bertahan dan suka melarikan diri dalam gelanggang.

Ada satu pertarungan di mana Floyd Mayweather banyak melarikan diri di atas gelanggang ketika berhadapan dengan Pacman.

Mayweather membanggakan rekod 50-0 beliau di lapangan tinju. Namun bagi Tyson rekod itu bukan bermaksud beliau petinju terbaik sepanjang zaman, apatah lagi mahu membandingkan dirinya dengan Muhammad Ali.

Menurut Tyson, jangankan nak kata lebih bagus daripada Muhammad Ali, malah Mayweather jauh sekali daripada taraf yang sama dengan petinju legenda tersebut.

Kalau Mayweather seorang lelaki yang hebat, beliau tak akan membawa bodyguardnya – hanya untuk mengambil anaknya balik dari sekolah.

“Mayweather sangat delusi / khayal. Dengar sini, jika beliau hampir sama taraf dengan Muhammad Ali, beliau akan mampu menghantar anak dia ke sekolah secara bersendirian (tanpa ditemani orang lain/pengawal).”

“Ok, apabila dia tak mampu nak menghantar anak dia ke sekolah dengan seorang diri, dan kini dia bercakap soal dia petinju paling agung?”

“Petinju yang agung itu bukan hanya berani melindungi dirinya sendiri, namun anda perlu melindungi orang lain dan diterima oleh masyarakat.”

“Dia, nak ambil anak ke sekolah pun tak mampu. Nampak sangat dia hanyalah manusia kerdil, yang penuh ketakutan,”

Mayweather ada 4 orang anak iaitu Koraun, Zion Shamaree, Jirah, dan Iyanna.

Secara umumnya, Muhammad Ali merupakan ikon tinju yang sangat disenangi masyarakat daripada pelbagai latar. Beliau banyak sekali menyumbang kepada kebajikan dan juga memberikan ceramah yang menjurus kepada kebaikan.

Berbeza dengan Mayweather yang banyak sekali kontroversi untuk dijadikan role model oleh anak muda.

Mayweather juga suka menunjuk-nunjukkan kemewahan dan wang beliau di media sosial. Kerana bagi Mayweather, wang adalah segala-galanya.

Mike Tyson menilai petinju yang hebat itu dengan rekod di dalam gelanggang dan juga di luar gelanggang. Mungkin akan ada yang tidak bersetuju dengan Tyson.

Mike Tyson sangat mengagumi Muhammad Ali sebagai seorang atlet dan juga sebagai seorang insan yang bepekerti tinggi.

Muhammad Ali dan Mike Tyson sangat rapat. Sehinggalah petinju legenda itu menghembuskan nafasanya yang terakhir.

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai