[VIDEO] Imbas Detik Luis Suarez Diejek Kerana ‘Miss’, Dia Press Dan Skor Gol Trivella

Nama Luis Suarez pastinya nama yang tidak digemari peminat Norwich. Ini kerana dia seringkali menjadikan Norwich sebagai taman permainannya.

Suarez menjadi pemain pertama menjaringkan 3 hatrik berdepan dengan lawan yang sama dalam Liga Perdana Inggeris.

Lebih manis, satu daripadanya adalah 4 gol dalam satu perlawanan.

Luis Suarez menjadi bintang yang ditandatangani mengejut dari Ajax pada perpindahan pertengahan musim 2011. Dilaporkan idea asalnya adalah untuk menggandingkan Suarez dengan Fernando Torres.

Perkara itu diakui sendiri oleh Suarez. Namun malangnya, Torres membuat keputusan mengejut mendesak perpindahan ke Chelsea.

Ketika tiba di Liverpool, Suarez terus mendapat rentak permaiannya. Dia pemain yang sangat cergas dan boleh dikatakan tidak ada rekod kecederaan di Anfield.

Satu lagi kisah menarik adalah. Dalam satu perlawanan, Suarez diminta untuk duduk di bangku simpanan kerana kakinya melecet. Dia tidak dapat memakai kasutnya, kerana sakit.

Suarez menolak untuk direhatkan pada hari itu. Dia malah meminta kasut Steven Gerrard untuk dia pakai, kerana saiznya lebih besar dan lebih longgar.

Tahu tak apa berlaku pada hari itu? Dia menjaringkan 4 gol ke atas Norwich. Yang dianggap sebagai salah satu persembahan individu paling genius dan terbaik daripada penyerang dalam sejarah EPL.

Dalam satu perlawanan, Luis Suarez menerima cemuhan peminat Norwich. Mereka mengejeknya kerana dia baru terlepas peluang menjaringkan gol.

Suarez dikenali dengan mentaliti yang luar biasa apabila diejek. Suarez ketika itu hanya mampu memegang kepalanya kerana baru terlepas peluang 1 lawan 1 berdepan dengan penjaga gol Norwich City.

Tetapi, dia kemudian berlari dan melakukan pressure ke atas pertahanan lawan yang cuba membina serangan dari bawah.

Dia memenangi bola dan melakukan percubaan dengan trivella yang cantik. Carrow Road hanya mampu terdiam pada masa itu.

Luis Suarez menjaringkan hatrik pada hari itu untuk membawa Liverpool meraih kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris musim tersebut dengan kemenangan 2-5 di tempat lawan.

Saksikan detik itu di sini:

Luis Suarez menjadi pemain pujaan di Anfield. Dia kemudian memutuskan untuk menyertai Barcelona. Dan menjadi legenda di sana. Suarez merupakan penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah Barcelona.

Menjadi salah seorang penyerang no.9 terbaik di dalam sejarah.

Ketika kariernya dengan Barcelona berakhir, kerana Ronald Koeman menuduh Suarez sudah terlalu tua untuk sistemnya, dia menyertai Atletico Madrid.

Dia membuktikan dia belum terlalu tua pada masa itu dan menjadi nadi penting Atletico memenangi La Liga.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.