[VIDEO] Kesilapan Bunuh Diri Courtois Yang Terhantar Bola Kepada Lawan

Real Madrid ada malam untuk dilupakan terutama sekali Thibaut Courtois.

Real Madrid dimalukan Alaves dalam aksi La Liga semalam, di tempat sendiri. Di mana Real Madrid tewas dengan jaringan 1-2.

Alaves di hadapan seawal minit ke-5 menerusi penalti oleh Lucas Perez.

Dan pada awal separuh masa kedua sekali lagi Real Madrid bocor dalam tempoh lima minit pertama perlawanan. Joselu menjaringkan gol kedua Alaves pada minit ke-49.

Gol itu berpunca daripada kesilapan fatal oleh Thibaut Courtois. Di mana penjaga gol antarabangsa Belgium itu tersilap hantar bola terus ke kaki lawan.

Joselu yang menerima bola daripada Courtois terus merembat masuk. Sebagai rekod, Joselu merupakan bekas pemain pasukan pembangunan Real Madrid.

Tragedi itu menjadikan Courtois kini penjaga gol paling banyak melakukan kesilapan penjaga gol sejak liga bersambung semula pada Jun 2020.

Courtois merupakan antara pemain cemerlang Real Madrid musim lalu dalam kejayaan merekan merampas semula kejuaraan La Liga.

Prestasi yang sama pastinya ditagih oleh Zinedine Zidane daripada penjaga gol antarabangsa Belgium itu.

Real Madrid merapatkan kedudukan pada minit akhir menerusi Casemiro. Namun tetap gagal untuk mengelak kekalahan ketiga mereka pada musim ini.

Kekalahan ketiga ini juga menyamai jumlah kekalahan mereka sepanjang musim lalu. Dan Real Madrid kini sudah bolos 12 kali, menjaringkan gol 16 kali.

Zinedine Zidane menyatakan beliau bertanggungjawab di atas kekalahan ini.Β  Menyeru agar para pemainnya segera bangkit pada perlawanan seterusnya.

Hazard cedera

Lebih teruk apabila Real Madrid kehilangan Eden Hazard yang cedera sekali lagi.

Hazard yang baru pulih beberapa minggu lalu telah mengalami kecederaan di pegelangan kakinya. Membuatkan bintang antarabangsa Belgium itu dikeluarkan awal, digantikan dengan Rodrygo Goes.

Segalanya serba tidak menjadi buat Hazard di Real Madrid. Walaupun musim lalu Real Madrid juara La Liga, namun sumbangan Hazard sangat sedikit.

Sejak berpindah dengan nilai perpindahan mega, Hazard setakat ini hanya bermain 22 kali sahaja untuk Real Madrid.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.