[VIDEO] Lihat Detik Rodgers Beri Reaksi ‘Wow’ Dan Berkata: “Ramsdale GK No.1 England”

Arsenal patut berterima kasih kepada penjaga gawangnya, Aaron Ramsdale, yang beraksi cemerlang dalam perlawanan Liga Perdana menentang Leicester City pada Ahad.

Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Emirates itu, pasukan kendalian Mikel Arteta berjaya menang dengan jaringan 2-0 untuk mengukuhkan lagi harapan mereka untuk kembali ke UCL musim hadapan.

Gol tandukan Thomas Partey  dan Alexander Lacazate gagal dibalas oleh Leicester. Salah satu sebabnya adalah prestasi cemerlang Aaron Ransmdale.

Di mana penjaga gol berusia 23 tahun itu bukan sekadar mengekalkan clean sheet dalam perlawanan itu. Dia juga melakukan beberapa aksi penyelamatan yang hebat.

Salah satunya pada minit ke-36. Keadaan bermula dengan hantaran lintang Marc Albrighton, bola ditanduk oleh Harvey Barnes di hadapan gawang. Pada ketika itu Ramsdale melakukan penyelamatan penting, dia berjaya menjangkau dan menepis bola tersebut.

Penyelamatan Ramsdale itu membuatkan jurulatih Leicester, Brendan Rodgers memandangnya dan memberikan reaksi seolah olah tidak percaya. Kerana Rodgers ketika itu sudah bersedia meraikan gol.

Rodgers dilihat sempat berkata ‘wow’ ketika di tepi padang.

Selepas tamat perlawanan, Rodgers terus menghamburkan kata kata pujian lagi kepada bintang baru Arsenal itu. Di mana menurut Rodgers, pemain itu adalah penjaga gol terbaik England ketika ini.

“Bagi saya Ramsdale adalah penjaga gol Inggeris terbaik pada masa ini. Perkembangannya di Arsenal adalah terbaik. Dia mempunyai ketenangan yang sangat baik untuk permainannya,” kata Rodgers kepada Football London.

Dalam perlawanan antara The Gunners dengan Leciester, Aaron Ramsdale melakukan tiga penyelamatan.

Aaron Ramsdale dibeli Arsenal dari Bournemouth yang tersingkir musim lalu. Sebelum ini ramai yang mempersoalkan apa relevannya Arsenal membeli penjaga gol sehingga £30 juta untuk menjadi penjaga gol kedua?

Arteta memang mahu Ramsdale jadi no.1

Ternyata Arteta kemudian menjadikan Ramsdale sebagai penjaga gol utama menggantikan Bernd Leno. Gaya permainan Ramsdale yang lebih bagus ketika ball playing membuatkan Arteta lebih memilih penjaga gol tersebut.

Sumber Daily Mail melaporkan bahawa Arsenal dilaporkan memang menandatangani Ramsdale dengan harapan bahawa penjaga gol kebangsaan England akan menjadi penjaga gol nombor satu mereka.

Namun Arteta ketika ini belum memberikan jaminan buat Ramsdale akan menjadi penjaga gol no. 1 di Arsenal.

Kontrak semasa Bernd Leno masih ada sehingga 2023. Mereka tidak risau kalau pemain itu tidak mahu melanjutkan kontrak kerana sudah ada Ramsdale.

Selain itu Arsenal masih boleh mengawal perpindahan Leno dengan menjual pemain itu. Jika mereka tidak bercadang melepaskan pemain itu secara percuma sehingga kontraknya tamat.

Langkah itu dianggap pelan ekonomi bijak Arsenal dalam usaha mereka mengurangkan risiko kerugian di kala musim pandemik ini.

Pada masa yang sama memberitahu bahawa Leno bukan lagi dijamin menjadi pilihan utama.

Arteta berkata:

“Kami mempunyai dua penjaga gol yang sangat hebat. Kita tidak boleh lupa apa yang telah dilakukan Bernd untuk pasukan ini dan betapa bagusnya dia sebagai penjaga gol.”

“Saya ingin melihat bagaimana penampilan mereka sebelum memutuskan siapa yang bersedia menjadi penjaga gol utama. Jadi siapa yang menunjukkan prestasi yang lebih baik dan lebih dipercayai maka dia akan bermain,” katanya.

Ramsdale sebelum ini sudah menyatakan bahawa kehadiran beliau di Arsenal adalah untuk mencabar kedudukan sebagai penjaga gol no.1 kelab itu. Jadi tiada alasan untuk kedua dua penjaga gol untuk sambil lewa.

Tindakan tegas Arteta itu awalnya kurang disenangi.

Namun ternyata Ramsdale membalas kepercayaannya. Ramsdale kini dicanang bakal menjadi penjaga gol utama England dalam Piala Dunia akan datang selepas prestasi tidak menentu Jordan Pickford dan kemudian Dean Henderson terus gagal mendapatkan minit perlawanan lebih banyak.

Baca yang lain