[VIDEO] Netizen Terkedu Melihat Marquez Melakukan Save Ini Dan Berjaya Elak Kemalangan

Aksi Marquez melakukan save yang hebat dalam perlumbaan lalu membuatkan ramai netizen terkedu dan kagum.

Ternyata ianya aksi yang dianggap luar biasa daripada pelumba legenda itu.

Walaubagaimanapun, Marquez sekali lagi kehilangan podiumnya. Pelumba Repsol Honda itu masih tidak memahami insiden yang berlaku pada pusingan terakhir perlumbaan keenam MotoGP Sepanyol 2022.

Marc Marquez sebelum ini gagal meraih podium ketika menjalani perlumbaan di Litar Jerez yang dilangsungkan pada Ahad lalu.

Kegagalan itu berlaku kerana Marc Marquez tersasar dan hampir terjatuh di selekoh akhir sehingga dipintas oleh Aleix Espargaro (Aprilia Racing).

Aleix Espargaro yang tidak mensia-siakan peluang itu segera mempertahankan kedudukannya sehingga tamat perlumbaan.

Keputusan ini juga menjadikan Espargaro melengkapkan tiga podium teratas dengan Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) di tempat kedua dan Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) sebagai pemenang perlumbaan.

Sementara itu, Marquez yang bergelut untuk mengekalkan kedudukannya terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Marquez kemudiannya menghamburkan pujian kepada Quartararo dan Bagnaia sebagai pelumba terpantas di Jerez.

“Pecco dan Quartararo adalah pelumba terpantas, saya sudah menjangkakan ini dalam ujian musim sejuk,” kata Marquez.

Walaupun gagal mengikut jejak Quartararo dan Bagnaia di hadapan, Marquez percaya peluangnya untuk berada di podium sekali lagi akan tiba dalam masa terdekat.

Semakin positif

Kerana menurut Marquez, apabila sudah berada di tempat keempat, maka seseorang pelumba itu akan percaya dia akan mendapat podium selepas ini.

“Tetapi kami semakin hampir, kami semakin hampir ke podium. Esok kami akan menjalani ujian penting di sini,” kata Marquez kepada wartawan.

Walaupun mengagumi kepantasan dua pelumba di hadapan, Marquez terkejut dengan masalah yang dihadapinya pada pusingan terakhir.

Dia mengakui masih belum menemui jawapan mengapa dia tidak dapat mengawal motosikalnya ketika berlumba di selekoh. Ini bukan kali pertama Marquez berdepan kesukaran di selekoh.

Sebelum ini dia terjatuh beberapa kali di dalam perlumbaan di Indonesia ketika sesi latihan dan juga juga perlumbaan sebenar.

Malah dia hampir terjatuh sekali lagi dan berpeluang kehilangan mata selepas hampir 25 pusingan.

Marquez sudah berdepan beberapa kesulitan dengan motosikalnya pada musim ini. Ditambah dengan krisis keyakinan dirinya sejak kembali daripada kecederaan.

Perkara itu diakui beliau sendiri sebelum ini. Namun Marquez turut menegaskan bahawa dia sudah semakin meningkatkan semula keyakinannya.

Marquez kemudiannya menyatakan bahawa, mereka harus segera bangkit dan move on. Marquez kehairanan kenapa mereka masih gagal mendapatkan keputusan yang lebih baik ketika ini.

“Kami tidak menyangka kami masih menderita, tetapi kami pasti kami boleh memperoleh keputusan yang lebih baik. “Ini adalah hari di mana anda berani mengambil salah satu risiko. Jika anda melihat di tempat keempat, anda juga boleh melihat podium,” kata Marquez.

Save yang luar biasa

Ditanya tentang kesulitannya yang hampir membuatkannya jatuh, Marquez mengakui dia bernasib baik kerana berjaya mengelak daripada terbabas. Itu semua kerana keupayaannya untuk mengawal motosikalnya dan melakukan aksi menyelamat yang baik.

Aksi penyelamatan daripada Marquez itu benar benar sensasi. Bagaimana dia dapat mengelak kemalangan dalam keadaan dia mengambil selekoh dengan kecondongan darjah tinggi.

Saksikan di sini:

Mengulas aksi itu, Marquez berkata: “Nasib baik saya tidak terjatuh, tetapi saya tidak tahu datanya.”

“Saya lihat di TV, tahap kecondongan adalah 65 darjah atau sesuatu, tetapi pada tahap telemetri, saya tidak mempunyai masa untuk melihatnya,” akhiri Marquez.

 

Baca yang lain