[VIDEO] Nuno Kena Boo Dan Chant: “Oh Nuno, Kau Tak Tau Apa Kau Buat”

Persis peristiwa yang berlaku kepada Dollah Salleh ketika dahulu, ketika ultras Malaya chant: “Dollah Salleh, apa dah kau buat?”

Nuno pula dicemuh denga chant: “Nuno, you don’t know what you are doing” ataupun terjemahannya, “Nuno, kau tak tahu apa dah kau buat.”

Fans turut menjerit: “We Want Nuno Out2”

Dalam malam yang penuh dengan rebel, penyokong turut mahukan Levy Out daripada kelab mereka.

Spurs tewas 0-3 di tangan Man United yang sebelum ini kalah 0-5 di tangan Liverpool. Membuatkan Ole Gunnar Solskjaer tersenyum puas kerana berjaya menyelamatkan kerusinya sebagai pengurus sekali lagi di Old Trafford.

Ini kerana Ole diberikan 3 perlawanan untuk menyelamatkan pekerjaannya bermula daripada aksi di Spurs.

Penyokong Spurs sebelum ini memang sudah ramai yang mempersoalkan perlantikan Nuno Espirito yang dianggap sebagai tidak cukup bagus untuk kelab big six seperti Spurs.

Nuno kemudian gagal menawan hati peminat selepas beberapa kekalahan mengejut.

Dalam aksi berdepan Man United, Nuno mengeluarkan Lucas Moura pada minit ke-54. Tindakan itu membuatkan peminat Spurs marah dan chant lagu tersebut.

Ketika Bergwijn masuk ke dalam padang, para penyokong Spurs berkali kali mencemuh Nuno dengan chant: “You don’t know what you’re doing.”

Nuno mengakui dia mendengar sorakan itu, dan menerima hakikat bahawa segalanya serba tak menjadi kali ini untuk Spurs.

Bercakap kepada Sky Sports, Nuno berkata: “Kita tidak berada di landasan tepat dan faham kenapa kritikan dilemparkan kepada kita. Itu normal dalam bola sepak. Ia menjadi sebahagian dalam bola sepak.”

“Bila team kita tak bermain bagus, penyokong akan menunjukkan ketidakgembiraan mereka.”

“Terpulanglah kepada kita, bagaimana nak menerimanya, beritahu penyokong bahawa kita sedang mencuba yang terbaik. Kita terus mencuba dan dengan rendah hati meminta mereka terus menyokong kita.”

Bercakap tentang kenapa dia mengeluarkan Lucas Moura, Nuno berkata: “Kita masukkan Stevie sebab nak bermain dengan sistem 1 v 1. Stevie akan cuba memecahkan mereka.”

Penyokong marah sebab Moura adalah pemain yang sangat rajin dalam perlawanan tersebut ketika pemain lain lemau.

Lebih teruk apabila, selepas Moura dikeluarkan Edinson Cavani menambah gol United, selepas menerima hantaran Ronaldo. Rashford menambah gol ketiga United selepas itu.

Spurs menamatkan aksi dengan tanpa sebarang percubaan tepat.

Roy Keane dalam ulasannya berkata: “Spurs yang membosankan, tiada perkataan lain nak gambarkan mereka. Pasukan yang menunjukkan bahawa mereka pasukan pertengahan [mid table].”

Souness pula berkata: “Tiada langsung on target, penyokong balik ke rumah dengan penuh hampa, sambil memikirkan apa nak jadi dengan pasukan ini sepanjang musim ini.”

“Ya, hari ini mereka benar benar menunjukkan kualiti sekadar pasukan mid table.”

Saksikan detik penyokong Spurs mengeboo Nuno sebaik sahaja Lucas Moura dikeluarkan.

Dan ini pula detik fans Spurs beramai ramai menjerit: “Kami nak Nuno berambus”

Baca yang lain