[VIDEO] Perompak Kedai Emas Sempat Sapu Tangan Dengan Sanitizer Sebelum Merompak

Pada musim wabak yang melanda pada hari ini, penggunakan pelitup mukan dan hand sanitizer adalah sangat penting.

Semua premis menyediakan hand sanitizer dan pengimbas suhu untuk memastikan mereka patuh SOP.

Walaupun di tengah pandemik yang melanda, perompak tetap menjalankan aktiviti mereka. Harap korang semua berhati hati dan dijauhkan daripada manusia seperti ini.

Namun, satu insiden pelik berlaku di India. Di mana perompak tetap masuk ke kedai emas dengan mematuhi protokol keselamatan.

Mereka memakai pelitup muka, itu memang biasa la untuk seorang perompak. Kekadang pakai topeng muka penuh terus.

Dalam video tersebut perompak turut masuk ke kedai emas itu dan menghulurkan tangan mereka untuk membersihkannya dengan cecair pembasmi kuman yang disediakan seorang pekerja.

Selepas selesai menjalani prosedur SOP masuk premis perniagaan,perompak pun mengeluarkan senjata dan merompak barang kemas di situ.

Mereka turut melarikan wang tunai. Kerugian keseluruhan yang ditanggung kedai tersebut sekitar RM225k.

Kejadian itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup di kedai tersebut di ‘Sundar Jewellers’ berhampiran Sarasol Crossing di kawasan Bannadevi di Aligarh.

Rakaman CCTV itu juga menunjukkan para pelanggan yang berada di kedai ketika rompakan itu ketakutan ketika pencuri merompak kedai.

Keseluruhan kejadian itu berlaku dalam masa 30 saat.

Saksikan di sini aksi rompakan itu:

Polis masih memburu perompak tersebut termasuk mengerahkan unit khas untuk mengesan di mana mereka.

Kes itu diklasifikasikan sebagai rompakan bersenjata.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.