[VIDEO] Thailand Bantai Indonesia, Saksikan Gol Gol Cantik Buatan Siam

Indonesia dan Thailand berentap dalam aksi final pertama Piala AFF 2020. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Singapura, Mano Polking melakukan kejutan apabila merehatkan beberapa pemain utamanya.

Indonesia turut merehatkan Elkan Baggot dan Egy Maulana yang baru menyertai mereka.

Thailand terus mencipta peluang awal namun Nadeo Winata โ€“ penjaga gol Indonesia โ€“ berjaya melakukan double saves.

Tetapi hanya seminit selepas itu, Chanathip Songkrasin meletakkan Thailand di hadapan menerusi gol yang berpunca daripada gegenpressing di kawasan lawan.

Indonesia gagal untuk menghantar atau mengeluarkan bola lebih cepat dan hilang bola.

Selepas memenangi bola, Thailand membuat permainan kombinasi, sebelum Philip Roller melakukan gelecekan menewaskan dua pemain Indonesia yang bertembung sesama sendiri.

Roller kemudian mencari Chanathip di half space, dan kapten Thailand itu membidik dengan sempurna near post.

Separuh masa pertama berakhir 1-0 memihak Thailand.

Pada separuh masa kedua, Chanathip sekali lagi menggegar gawang. Kali ini menerusi serangan balas dari kotak penalti sendiri sehingga ke kotak penalti lawan.

Supachok melarikan bola terus ke dalam kotak penalti dan memperdaya Elkan Baggot, sebelum melorongkan bola ke belakang kepada Chanathip. Terus dirembat dan masuk.

Thailand 2-0 pada minit ke-69. Dan gol itu juga bukti bahawa Thailand memiliki kualiti teamplay yang sangat baik.

Supachok menjadi masalah utama Indonesia. Setiap kali dia menyentuh bola, setiap kali itulah bahaya menjelma.

Supachok akhirnya menjaringkan gol untuk pasukannya. Bermula daripada gerakan dari bawah, Chanathip melorongkan bola cantik ke hadapan dan disambut Philip Roller.

Roller melintangkan bola rendah yang disambut oleh Supachok selepas rakannya melakukan dummy.

Supachok meleretkan bola rendah dan deras menewaskan penjaga gol Indonesia. 3-0 untuk Thailand dan ianya juga assist kedua Roller dalam perlawanan ini.

Mano Polking sekali lagi membuat kejutan apabila memasukkan penjaga gol legenda mereka, Kawin Thamsatchanan.

Pada minit ke-83, Bourdin Phala menjadikan kedudukan 4-0 kepada Thailand. Ini selepas beliau menerima killer pass yang cantik di ruang half space dalam kotak penalti.

Bourdin yang beberapa kali melakukan sepakan percuma tak betul, akhirnya berjaya menjaringkan gol penting.

Tugasan berat menanti Indonesia dalam aksi final kedua selepas ini. Apakah ramuan yang akan digunakan oleh Shin Tae Yong untuk mengubah nasib Indonesia?

Thailand sudah sebelah tangan pada Piala AFF 2020 kali ini. Indonesia pastinya tidak mahu menjadi naib juara kali keenam dan kalah kali keempat di tangan Thailand dalam aksi final.

Thailand selayaknya memenangi aksi pertama ini. Tampil sebagai pasukan lebih baik, lebih kreatif, lebih laju dan lebih berdisiplin.

Indonesia kadangkala terlalu agresif untuk membentes, dan dimanipulasi lawan.

Namun pada separuh masa kedua, Indonesia memperbaiki corak permainan mereka, malangnya, gol ketiga Thailand pula seolah olah membunuh semangat mereka.

Walaupun peluang terhad, Indonesia sebenarnya memiliki beberapa peluang keemasan di hadapan gol. Namun kegugupan pemain mereka membuatkan peluang terhidang itu tidak disudahkan.

Berbeza dengan Thailand yang lebih tenang dan lebih tahu apa yang mereka buat di atas padang. Mereka sudah tahu di mana kedudukan pemain pemain lain dalam padang.

Seterusnya, Thailand mengalirkan bola dengan lebih fluid. Cuma beberapa kali mereka bocor dengan break attack daripada Indonesia. Tetapi tidak dihukum oleh Garuda.

Suphachok menjadi MOTM dalam perlawanan ini. Dia memang pusat dan sumber segala perancangan serangan Thailand. Dia progresif, kreatif dan lincah.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.