[VIDEO] Wartawan Sepanyol Tanya Sama Ada Pemain Sheriff Profesional Atau Sekadar Isi Masa Lapang

Sheriff Tiraspol melakukan kejutan paling gila dalam UCL musim ini dan antara yang paling hebat dalam sejarah Liga Juara Juara Eropah.

Sheriff, pasukan dari Moldova itu berjaya menewaskan Real Madrid 2-1 di Bernabeu dalam satu perlawanan yang akan dikenang selamanya oleh penyokong mereka.

Gol dari Jasurbek Yakhshiboev dan screamer oleh Sébastien Thill berjaya memastikan pasukan mereka menang bergaya. Real Madrid menjaringkan gol tunggal menerusi Karim Benzema.

Wartawan dari El Chiringuito cuba mendapatkan informasi tentang kesemua pemain pemain Sheriff dan mereka mendapat maklumat yang sangat terhad.

Lantas seorang wartawan bertanya sendiri kepada pemain Sheriff Tiraspol, Gustavo Dulanto, sama ada dia pemain bola sepak profesional ataupun pemain bola sepak separuh masa?

Dulanto dengan tenang menjawab dan mengesahkan bahawa mereka ialah pemain profesional.

Dulanto berkata: “Ya kami semua pemain profesional.”

Agak menarik kerana sebelum ini Sheriff turut menang ke atas Shakhtar Donestk yang seringkali menjadi giant killer dalam UCL.

Ramai yang merasakan bahawa Sheriff akan menjadi tempat mengumpul 3 mata dan tak ada harapan mara. Dengan dua kemenangan pertama mereka, Sheriff kini berada di tangga teratas di atas Real Madrid dan Inter.

Baca yang lain