[VIDEO]Suarez Assist Dan Skor 2 Bijik Pada Hari Debut, Hanya Selepas 103 Saat Masuk Padang

Nak bercakap tentang impak segera?

Pastinya best bercakap pasal debut Luis Suarez di Atletico Madrid dalam aksi debut beliau bersama kelab barunya.

Beliau yang baru ditandatangani Atletico telah terlibat terus dalam perlawanan hari ini.

Suarez masuk pada minit ke-70 dan beliau telah menggemparkan dunia pada hari in.

Impak segera Suarez

Kurang dua minit di atas padang, Luisito sudah memberikan assist kepada rakannya.

Dan pada minit ke-80 Suarez menjaringkan gol sulungnya dalam debut bersama dengan Atletico Madrid.

Atletico Madrid berhadapan dengan Granada pada hari ini. Atleti di hadapan menerusi Diego Costa, seawal minit ke-9.

Pada minit ke 47, Angel Correa menggandakan kelebihan untuk Atletico.

Joao Felix menambah derita Granada dengan gol ketiga pada minit ke-65.

Suarez kemudian masuk pada minit ke-70.

Tidak mengambil masa yang lama, beliau terus mencipta assist kepada Llorente pada minit ke-72.

Lapan minit kemudian, giliran Suarez sendiri menjaringkan gol sulungnya bersama kelab barunya.

Jorge Molina menjaringkan gol di minit ke-87.

Tidak setakat itu, Suarez menambah satu lagi gol pada masa kecederaan untuk membolehkan Atletico menang bergaya 6-1.

Satu debut impian buat Luis Suarez!

Mungkinkah Suarez akan memberikan impak seperti David Villa sebelum ini yang ditandatangani dari Barca dan membantu Atleti memecahkan duopoli Barca dan Real Madrid dalam kejuaraan La Liga?

Suarez tinggalkan Barca

Suarez memilih untuk menyertai dengan Atletico setelah kekuatannya tidak lagi diperlukan oleh Barcelona Ronald Koeman.

Suarez bermain 283 perlawanan di Barcelona, ​​dia menjaringkan 198 gol. Menjadikan beliau penjaring gol ketiga tertinggi dalam sejarah Blaugrana.

Rumit juga perpindahan Suarez

Perpindahan penyerang Barcelona, ​​Luis Suarez ke Atletico Madrid berada dalam situasi rumit sebelum ini.

Bermula dengan Koeman yang memberitahu Suarez menerusi telefon bahawa pemain itu harus angkat kaki.

Namun Suarez kemudian dikatakan diberikan sedikit harapan apabila situasi Lionel Messi diselesaikan.

Suarez disuruh cari kelab lain

Suarez malah menyatakan dia mahu terus kekal di Barca. Suarez malah menganggap rumors ke kelab lain sebagai fake news.

Namun selepas itu, Suarez diarahkan berlatih sendiri dan tidak dengan pasukan.

Lebih kejam Barcelona menamatkan kontrak Luis Suarez dan membenarkan beliau pergi secara percuma.

Lalu pemain itu mulai dikaitkan dengan perpindahan ke Itali dan beberapa kelab lain termasuk Atletico.

Bartomeu block Suarez

AS dari Sepanyol mengeluarkan laporan bahawa Bartomeu secara drastik dan tiba tiba telah menyekat langkah tersebut.

Bartomeu dilaporkan tidak akan menamatkan kontrak Luis Suarez jika dia bergabung dengan Atletico, yang kebetulan merupakan salah satu saingan utama Barcelona dalam Liga Sepanyol.

Ini bermakna Luis Suarez tidak boleh pergi ke sana.

Masih menurut AS, sebagai sebahagian dari perjanjian penamatan kontrak dengan Suarez, terdapat beberapa kelab yang disenarai hitam yang tidak dapat menjadi kelab baru pemain tersebut.

Bartomeu dilaporkan telah menambah nama Atletico Madrid ke dalam senarai.

Ini bermakna kedua-dua kelab mesti secara rasmi mencapai kesepakatan untuk perpindahan Suarez dengan melibatkan yuran perpindahan.

Akhirnya kedua dua kelab bersetuju dengan yuran perpindahan EUR6 juta.

 

Baca yang lain