Wenger Puji Mane & Salah: “Sumbangan Mereka Terlalu Besar Dan Tak Pernah Mengeluh”

​Arsene Wenger telah memuji impak sangat besar oleh Mohamed Salah dan Sadio Mane selepas Liverpool bangkit daripada ketinggalan 2 gol dan menang 3-2 ke atas Villarreal dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.

Liverpool menang 5-2 secara agregat ke atas pasukan yang menjadi giant killer musim ini dalam UCL iaitu Villarreal.

Liverpool mara ke final ketiga UCL mereka dalam masa 5 musim terakhir di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Separuh masa pertama, Villarreal telah memadamkan agregat 2 gol dalam masa 41 minit. Liverpool ternyata sangat tertekan dan tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku.

Sorakan padu penyokong juga menaikkan semangat dan roh di El Madrigal.

Kebangkitan Liverpool dan kesilapan berganda ganda Rulli

Namun pada separuh masa kedua Fabinho menjaringkan gol pertama Liverpool dengan rembatan yang melalui celah kaki Geronimo Rulli.

Rulli pastinya tidak mahu mengingati lagi aksi separuh masa kedua beliau dalam perlawanan ini. Dia melakukan 3 kesilapan yang membawa kepada gol lawan.

Luis Diaz kemudian menanduk bola juga bola menerusi celah kaki Rulli.

Gol ketiga lebih kejam apabila Rulli yang cuba memenangi bola di tengah padang, telah gagal dan Sadio Mane dengan mudah memastikan bola masuk ke dalam gawang ternganga.

Sadio Mane kini menjadi pemain Afrika paling banyak gol di Liga Juara Juara Eropah di peringkat suku akhir dengan 15 gol.

Wenger kagumi Salah dan Mane

Walaupun tidak menjaringkan gol, Mohamed Salah juga menerima pujian setinggi langit daripada Arsene Wenger terutama sekali selepas aksi mereka kepada negara mereka dalam Piala Afrika baru baru ini.

Menurut Wenger, kedua dua pemain langsung tidak memperlahankan tempo prestasi mereka. Malah terus menyumbang kepada pasukan.

Kedua dua pemain tidak pernah mengeluh keletihan kerana terlalu banyak perlawanan seperti kebanyakan pemain pemain Eropah.

Aresene Wenger memberikan kredit kepada kesungguhan kedua dua pemain itu pada separuh kedua musim ini untuk Liverpool.

Bekas pengendali Arsenal, Wenger berkata: “Lihat pada Salah dan Mane. Di mana mereka sejak final Afcon adalah perkara yang sangat luar biasa.”

“Kalau [pemain pemain] kita di Eropah, kita akan komplen sebab bermain terlalu banyak perlawanan. Namun mereka tak pernah.”

“Hari ini Mane beraksi di seluruh padang dan dia tak pernah banyak bunyi.”

Arsene Wenger kemudian menyatakan dia mengagumi komitmen Sadio Mane dan Mohamed Salah di atas padang.

Liverpool akan bertemu sama ada Manchester City atau Real Madrid di final kelak. Kedua dua pasukan tersebut akan menentukan slot final pada aksi awal pagi esok waktu Malaysia.

Mo Salah mahu lawan Real Madrid

Ditanya, siapakah lawan idaman Mo Salah, pemain antarabangsa Mesir itu berharap lawan mereka adalah Real Madrid untuk membalas dendam kekalahan mereka.

Mohamed Salah ketika itu dikeluarkan awal kerana kecederaan.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, bintang antarabangsa Mesir itu berkata:

“Saya nak bertemu Real Madrid, saya harus jujur. Manchester City pasukan sangat sukar ditentang, kami berlawan menentang mereka beberapa kali musim ini.”

“Jika kamu bertanya kepada saya secara peribadi, saya memilih Real Madrid. Kami kalah di final di tangan mereka sebelum ini. Saya mahu bermain menentang mereka dan berharap kami akan menang.”

Liverpool menjadi pasukan Inggeris pertama mara dalam 3 final pertandingan piala dalam satu musim yang sama.

Pada masa yang sama, Liverpool hanya 1 mata di belakang Man City dalam perebutan Liga Perdana Inggeris. Menjadikan harapan quadruple Liverpool masih ada.

BACA JUGA

[VIDEO] Air Mata Luis Diaz Selepas Menjadi Gamechanger Liverpool

[HIGHLIGHT] Villarreal 2 Liverpool 3 (Agg 2-5) – Aksi Tragis Rulli Buat 3 Kesilapan Dalam 1 Perlawanan