[HIGHLIGHT] Villarreal 2 Liverpool 3 (Agg 2-5) – Aksi Tragis Rulli Buat 3 Kesilapan Dalam 1 Perlawanan

Villarreal melakukan kebangkitan epik pada separuh masa pertama dengan menjaringkan 2 gol untuk memadamkan kelebihan agregat Liverpool.

Pengulas perlawanan sendiri menyatakan bahawa beliau seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku pada separuh masa pertama.

Di mana skuad bimbingan Unai Emery benda-benda mereka mimpi ngeri seperti yang dijanjikan oleh bekas pengendali Arsenal itu.

Namun penjaga gol mereka, Geronimo Rulli sendiri dengan secara seorang diri menghancurkan pasukannya dengan aksi menjaga gol yang tragis pada separuh masa kedua.

Rulli melakukan 3 kesilapan yang mencetuskan gol lawan. Penjaga gol pertama melakukannya dalam aksi UCL sejak Loris Karius dalam aksi final UCL 2018.

Dua kali dia melepaskan gol menerusi celah kakinya dan sekali hilang arah di tengah padang.

Geronimo Rulli mengalami mimpi ngeri ketika membantu Villarreal dalam duel menentang Liverpool pada aksi kedua separuh akhir Liga Juara-Juara 2021/22, dalam aksi berlangsung pada Rabu.

Beraksi di tempat sendiri, Villarreal telah memulakan aksi dengan sangat baik. Anak buah Unai Emery mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, agregat 2-2.

Boulaye Dia menjaringkan gol seawal minit ketiga. Villarreal terus menekan Liverpool yang kelihatan serba tak menjadi pada separuh masa pertama.

Sebelum rehat Francis Coquelin menyamakan kedudukan menerusi tandukan tepat menewaskan Alisson.

Walaupun begitu, semuanya berubah pada separuh masa kedua. Liverpool menemui rentak permainan dan berjaya menjaringkan tiga gol untuk melengkapkan kemenangan di El Madrigal.

Malangnya bagi Rulli, tiga gol Liverpool terasa seperti mimpi ngeri baginya. Penjaga gol berusia 29 tahun itu melakukan beberapa kesilapan yang membunuh pasukannya.

Gol pertama Liverpool, Rulli ditewaskan Fabinho pada minit ke-62.  Fabinho terlepas daripada perangkap ofsaid di sebelah kanan ketika menerima bola Mo Salah.

Kebiasaannya Fabinho akan melakukan hantaran silang, tetapi kali ini dia memilih untuk merembat. Rembatannya tidaklah terlalu keras, tetapi tepat di celah-celah kaki Rulli. Geronimo Rulli gagal memberikan reaksi lebih baik kepada gol itu.

Gol kedua Liverpool sekali lagi bola lalu di celah kaki Rulli. Trent-Alexander Arnold melakukan hantaran dengan kaki kirinya. Luis Diaz yang tidak ofsaid melakukan tandukan yang menewaskan Rulli.

Gol ketiga Liverpool, Rulli jelas melakukan kesilapan besar. Serangan balas pantas, hantaran lintang ke Naby Keita dan Rulli cuba menghalangnya dengan keluar dari kotak penalti.

Malangnya, Rulli tidak dapat menahan bola dan dirampas oleh Mane. Pemain antarabangsa Senegal itu melarikan bola merembat ke dalam jaring kosong. Rulli kelihatan sangat kecewa selepas gol itu.

Tamat perlawanan Villarreal 2 Liverpool 3. Pasukan Liverpool baru ke perlawanan akhir Liga juara juara Eropah dengan agregat 5-2.

Ini merupakan final ketiga daripada 5 musim terakhir Liverpool dalam kempen Liga Juara Juara Eropah.

The reds akan menunggu pemenang di antara Real Madrid dan Manchester City.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah