[VIDEO] Air Mata Luis Diaz Selepas Menjadi Gamechanger Liverpool

Luis Diaz sekali lagi menjadi pencetus kebangkitan ataupun gamechanger buat Liverpool apabila dia diperlukan.

Pemain antarabangsa Colombia itu masuk pada separuh masa kedua dan memberikan inspirasinya sekali lagi dalam membantu The Reds keluar daripada mimpi ngeri separuh masa pertama di El Madrigal.

Ketika Luis Diaz melakukan pemanasan badan, penyokong Liverpool tahu bahawa dia adalah pemain yang diperlukan untuk bangkit separuh masa kedua.

Villarreal memadamkan kelebihan agregat 2 gol dalam masa 41 minit.

Separuh masa kedua, The Reds menjaringkan 3 gol untuk memastikan diri mereka mara ke final ketiga dalam 5 musim terakhir UCL.

Super sub, Luis Diaz tidak dapat menahan sebaknya, berjaya menikmati detik final UCL pertama dalam kariernya.

Dia juga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Selayaknya Diaz mendapat anugerah tersebut. Selepas dia dimasukkan, dia memberikan segala masalah kepada Villarreal termasuk menjaringkan gol yang mengembalikan agregat kelebihan 2 gol Liverpool.

Diaz berterima kasih dengan titisan air mata di pipinya ketika pergi ke arah seksyen penyokong tempat lawan di Estadio de la Ceramica.

Michael Owen berkata dalam ulasannya: “Saya tak pernah melihat pemain yang sangat cepat mendapatkan rentak di kelab baharu seperti Luis Diaz.”

Legenda Manchester United, Rio Ferdinand berkata: “Pemain yang hebat. Dia adalah penandatanganan terbaik musim ini pilihan saya. Dia luar biasa.”

Andy Robertson turut menghamburkan pujian kepada Diaz. Robbo berkata:

“Dia sangat istimewa. Kami akan membantunya sebaik mungkin. Kami cuba untuk mempercepatkannya. Pemain yang istimewa, dia sangat secocok dengan kami dengan kesungguhannya untuk menang.”

“Bukan mudah untuk mengeluarkan Jota, kerana dia [Jota] sangat cemerlang musim ini. Namun Diaz menikamati separuh masa kedua yang sangat baik.”

“Dengan pra musim penuh menantinya selepas ini, dia akan terus menjadi lebih baik. Tetapi apa yang dilakukannya sekarang ini adalah sesuatu yang istimewa.”

Jurgen Klopp melakukan pertukaran yang sangat baik dan memberikan impak dalam perlawanan ini. Bercakap tentang impak yang dihadirkan Luis Diaz, Klopp menegaskan:

“Dia memberikan impak yang sangat besar namun saya yang suka soalan ini, kerana cerita seterusnya adalah ‘Diogo Jota adalah masalahnya’. Itu tak betul. Kami ada 11 masalah pada separuh masa pertama namun kami memerlukan pemain yang segar.”

“Saya mahu Mo Salah dan Sadio Mane berada di zon tinggi dan di tepi padang. Namun bukan dalam situasi permainan terbuka. Kami tidak menjadi diri sendiri [pada separuh masa pertama].”

“Namun akhirnya, Luis, gol yang cantik. Dia boleh menjaringkan gol dengan libasan gunting tadi tu, tapi, persembahannya sangat hebat.”

Sebelum perlawanan Klopp berkongsi cerita di mana Luis Diaz sangat suka dan ceria ketika berlatih.

Luis Diaz sedang menikmati impiannya di alam nyata. Siapa sangka pemain yang pernah ditolak beberapa kelab kerana dikatakan tidak cukup ‘keras’ untuk bermain bola sepak ini sedang berada di kalangan pemain terhebat dunia pada ketika ini.

Masalah fizikalnya ketika remaja adalah kerana dia tidak cukup nutrisi pada masa itu.

Diaz memulakan karier bola sepak profesionalnya dengan agak lambat berbanding pemain lain.

Menyertai Liverpool ibarat mimpi menjadi nyata buat Luis Diaz. Klopp sendiri melabel Diaz adalah late bloomer. Oleh sebab itu Klopp tidak rela tewas dalam perebutan mendapatkan Diaz.

Ini adalah final UCL pertama Diaz dalam kariernya. Di mana Liverpool menunggu finalis di antara Manchester City atau Villarreal. Dengan aksi final UCL berlangsung pada 28 Mei ini.

Liverpool kini mara dalam 3 aksi final pertandingan piala dalam semusim.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di