Xavi Tak Puas Hati Sikap Tak Profesional Pique, Minta Dia Tinggalkan Kelab Secara Baik

Pengurus Barcelona Xavi Hernandez mengadakan pertemuan dengan Gerard Pique dua minggu lalu di mana dia memberitahunya bahawa Pique tidak diperlukan pada musim akan datang.

Xavi juga memberitahu Pique tentang penilaiannya ke atas isu seperti fizikal Pique dan kelakuannya yang tidak profesional di luar padang.

Pertemuan itu sukar kerana Xavi bercakap terus dengan kapten serta pemain senior Barcelona.

Dia tidak mempersoalkan kualiti bola sepak pemain itu untuk terus bermain di pentas tertinggi, yang menurut Xavi memang tiada masalah.

Lebih lebih lagi kelab ketika ini sukar untuk mendapatkan pemain baharu yang berkualiti tinggi.

Namun Xavi mempersoalkan keupayaannya untuk mengharungi musim seperti musim yang akan datang dengan fokus yang optimum dengan jadual perlawanan yang sangat padat.

Isu utamanya di luar padang. Di mana Pique terlalu banyak terlibat dalam kerja kerja perniagaan menerusi syarikatnya.

Xavi berpendapat Pique boleh pergi dengan cara yang paling diingati seperti Puyol. Di mana Pique boleh meninggalkan Barcelona atas persetujuan bersama dan tidak menuntut wangnya dari Barcelona.

Perkara yang sama pernah dilakukan Puyol satu ketika dahulu, di mana dia tidak meminta wang yang kelab berhutang dengannya. Ketika itu kontrak Puyol masih berbaki setahun lagi.

Barcelona sebenarnya masih berhutang £34.3 juta ataupun sekitar EUR40 juta dengan Pique (ada laporan sebelum ini menyebut EUR50 juta, mungkin EUR10 juta dah dibayar kot). Ianya adalah hutang tunggakan gaji pemain tersebut.

Bagaimanapun Pique berkata ini tidak akan berlaku dan tidak setuju dengan cadangan Xavi. Pique berkata dia akan berlatih lebih keras berbanding sebelum ini untuk kembali ke prestasi terbaiknya dan meninggalkan beberapa komitmennya yang lain.

Xavi menegaskan bahawa dia mahukan bek tengah yang boleh membina pasukan yang kompetitif dan berkata dia tidak melihat Pique dalam peranan itu.

Nama Kounde dan Koulibaly antara yang disebut sebut. Xavi juga memberitahu Pique bahawa dia menjangkakan pemain akan bergelut untuk beraksi secara konsisten musim hadapan.

Beberapa minggu lalu, Xavi juga dikatakan berharap Gerard Pique akan bersara secepat mungkin.

Malangnya buat masa ni, Pique masih tidak menunjukkan tanda tanda dia mahu menggantung butnya.

Di luar padang, Pique aktif menjana duit daripada syarikatnya. Syarikat Pique juga dikatakan terlibat dalam projek Piala Super Sepanyol di seberang laut ataupun dianjurkan di luar negara.

BACA JUGA: Barca Berhutang Tunggakan Gaji €50 Juta (RM236.7j) Dekat Pique Yang Baru Ditinggal Bini

Dengan musim yang sudah pun berakhir, prospek Barcelona pada jendela perpindahan musim panas sedang dilumpuhkan oleh pelbagai isu ekonomi, yang ditanggung oleh salah urus selama bertahun-tahun lamanya sebelum ini.

Barcelona sudah berhutang beratus juta kepada bank. Manakala had perbelanjaan keseluruhan mereka dikurangkan kepada angka negatif oleh La Liga awal Mac ini.

Kesannya, ia telah menghalang mereka daripada mendaftarkan pemain baharu sehingga mereka mengimbangi buku akaun mereka.

Jika masalah kewangan yang berterusan tidak mencukupi Barca mungkin terpaksa melepaskan beberapa pemain secara percuma atau terdedah kepada risiko lebih teruk iaitu tidak dibenarkan beraksi di UCL atau La Liga sekalipun kerana salah laku FFP.

Bukan itu sahaja, wartawan terkenal yang seringkali membuat liputan eksklusif tentang Barcelona, Gerard Romero kini mendedahkan satu lagi perkara yang tak masuk akal melibatkan Barcelona.

Di mana Barça dilaporkan berhutang €50 juta kepada Gerard Pique. Hutang tersebut adalah daripada gaji yang tidak dibayar selama beberapa tahun.

Pique sememangnya pemain dengan bayaran tertinggi dalam persediaan Barcelona pada masa ini. Tetapi nampaknya kelab itu perlu membayar €50 juta lagi kepadanya, selepas gagal membayar gaji Pique tahun demi tahun.

Walaupun pemain pertahanan itu masih belum membuat kekecohan mengenai gaji yang belum dibayar, keadaannya agak teruk dari perspektif Barcelona. Kerana laporan kewangan itu akan diketahui juga oleh La Liga dan UEFA.

Lebih-lebih lagi jika orang Catalan itu berhasrat untuk melepaskan Pique selepas ini. Gaji yang tidak dibayar boleh menyebabkan kelab mengheret diri mereka ke dalam satu lagi situasi kewangan yang kritikal.

Namun, ada harapan keadaan akan diperbetulkan pada tahun-tahun akan datang di bawah kepimpinan Joan Laporta. Tawaran penajaan dengan Spotify, CVC Capital dan penjualan Studio Barça boleh membantu kelab mengimbangi buku.

Ini bermakna Barcelona kelihatan akan menawarkan kontrak sampai bersara buat Pique.

Barcelona juga mungkin sangat bergantung pada jualan pemain untuk menjana pendapatan tambahan dan memandangkan keadaan yang berterusan. Jadi, adalah tidaklah mengejutkan untuk melihat kelab itu menggunakan Frenkie de Jong sebagai salah satu calon pemain untuk dijual.

Pique, yang telah menjadi sebahagian daripada pemain penting Barcelona sejak 2008, menghadapi tahun yang sukar setakat ini. Pemain pertahanan itu terlibat dalam perjanjian Piala Super Sepanyol dengan presiden RFEF Luis Rubiales manakala rakan sepasukannya tidak terlalu gembira dengan kontrak semasanya.

Para peminat Barca juga ada yang menuduh Pique sebagai pemain yang menyusahkan kelab mereka. Kerana sebelum ini dia menentang pemotongan gaji yang membuatkan Messi terpaksa dilepaskan. Namun perkara itu dinafikan Pique selepas itu.

Pique main pintu belakang

Apa kaitan Pique dengan Luis Rubiales? Pique dikatakan telah membuat perjanjian belakang pintu dengan Rubiales.

Laporan yang diterbitkan sebelum ini telah mendedahkan bagaimana persekutuan bola sepak Sepanyol, RFEF, dan syarikat Gerard Pique, Kosmos, bekerjasama untuk menganjurkan Supercopa de Espana di Arab Saudi untuk format pertandingan yang baharu bermula musim lalu.

Menurut laporan itu, RFEF menandatangani kontrak yang menjamin mereka 40 juta euro untuk setiap edisi Supercopa yang diadakan di Arab Saudi, manakala Kosmos akan mengambil sebahagian 4 juta euro untuk setiap kejohanan yang diadakan dalam tempoh enam tahun, atau 24 juta euro keseluruhannya.

Ini semua telah diperincikan dalam laporan eksklusif oleh El Confidencial, yang juga telah menerbitkan rakaman perbualan di antara Pique dan presiden RFEF Luis Rubiales.

Dalam salah satu rakaman ini, Pique menjawab cadangan Rubiales bahawa Real Madrid tidak akan bermain di luar Sepanyol dengan bayaran kurang daripada 8 juta euro.

“Jika ia mengenai wang dan [Real Madrid] akan pergi untuk 8 juta euro, kemudian mereka dibayar 8 juta euro dan Barcelona juga dibayar 8 juta euro, kemudian yang lain dibayar 2 juta euro dan 1 juta euro,” kata Pique.

“Itu bermakna ada 19 juta euro dan kamu, persekutuan, menyimpan 6 juta euro.”

“Kami juga boleh menarik minat penganjuran di Arab Saudi dengan lebih kuat selepas ini, jika tidak [diberikan wang sebanyak itu] maka Real Madrid mungkin tidak akan datang.”

“Daripada menjadi tuan rumah di Sepanyol di mana kamu tidak akan memperoleh 3 juta euro, fikirkan tentang perkara ini.”

Dalam kes ini, dia tidak mengenakan komisen terus kepada RFEF untuk mengelak daripada melanggar sebarang kod etika, itu yang dilaporkan El Mundo pada November 2019.

Pique broker yang aktif

Pique juga telah terlibat dalam membawa Rakuten ke Barcelona sebagai penaja, serta menganjurkan Piala Davis baharu dan membeli FC Andorra.

Satu lagi mesej suara dihantar kepada Pique apabila perjanjian itu dipersetujui, dengan Rubiales mengucapkan tahniah kepada pemain Barcelona itu.

“Syabas Geri dan saya tidak bercakap tentang permainan dan gol hebat kamu semalam,” presiden RFEF itu memulakan perbualan mereka.

“Saya merujuk kepada fakta bahawa perjanjian itu ditandatangani dengan Arab Saudi.”

“Terima kasih untuk segala-galanya dan saya di sini bersedia membantu untuk apa sahaja yang anda perlukan.”

Mesej itu dihantar pada 15 September 2019, dengan edisi pertama kejohanan di Arab Saudi diadakan pada Januari berikutnya, sejurus sebelum wabak itu.

Real Madrid memenanginya, dengan Atletico Madrid, Barcelona dan Valencia turut mengambil bahagian.

Rancangan Rubiales dan Pique untuk membawa Supercopa ke Camp Nou

Sebelum membawa kejohanan itu ke Arab Saudi, terdapat cakap-cakap untuk bermain di Sepanyol dan Estadio Santiago Bernabeu dan Camp Nou sebagai calon utama untuk penganjuran Supercopa dengan format baharu 4 pasukan itu.

Rubiales menjelaskan kepada Pique bahawa Real Madrid mungkin akan menolak peluang untuk menjadi tuan rumah, bermakna mereka boleh merealisasikan impian untuk membawanya ke Camp Nou.

“Saya rasa Real Madrid akan berkata ‘tidak’, tetapi itu sangat bagus untuk kami mencadangkan perkara ini pada masa hadapan dan mengatakan kami akan pergi ke stadium dengan kapasiti terbesar, stadium juara atau pemenang piala atau finalis piala. Saya rasa kita akan mempunyai hak dari segi perundangan.”

Dalam perkembangan lain, Pique dikatakan kantoi ada skandal. Membuatkan Shakira kini tinggal bersendirian di kondominiumnya. Serta kerap keluar berparti bersama muda mudi kelab seperti Riqui Puig.

 

Baca yang lain