Zii Jia Sasar Ranking No.2 Dunia Dan Tak Menyesal ‘Skip’ Sukan Komanwel

Pemain perseorangan no.1 negara, Lee Zii Jia menyatakan bahawa dia tidak pernah menyesal untuk tidak menyertai Sukan Komanwel yang berlangsug di Birmingham pada beberapa bulan lalu.

Dan bertekad mahu memperbaiki rankingnya untuk menjadi pemain no.2 dunia pada akhir tahun ini.

Zii Jia turut menegaskan bahawa dia berjanji akan menyertai Sukan Komanwel di masa akan datang, jika tidak ada masalah kecederaan.

Kecederaan merupakan faktor utam Zii Jia tidak menyertai Sukan Komanwel 2022.

Bercakap kepada BERNAMA, Zii Jia berkata: “Saya memang cedera dan mempunyai kejohanan yang berterusan pada masa itu. Jika saya boleh bermain di Sukan Komanwel, saya akan main.”

Zii Jia dikecam segelintir pihak yang menuduhnya sebagai tidak patriotik. Beberapa bulan sebelum ini Lee Zii Jia menyatakan dia menolak menyertai Sukan Komanwel sebagai persiapan untuk kejuaraan dunia.

Dalam kejuaraan dunia baru baru ini, langkah Lee Zii Jia terhenti pada pusingan ketiga. Tewas di tangan pemain China, Zhao Jun Peng.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila seminggu selepas itu, Lee Zii Jia dihantar pulang awal oleh Srikanth pada pusingan pertama Terbuka Jepun.

Zii Jia mendedahkan sebab kenapa dia pulang awal di Terbuka Jepun. Dia berkata: “Saya berhadapan dengan masalah stress pada masa itu. Harapan saya sangat tinggi dan amat kecewa dengan prestasi saya di kejohanan dunia. Namun ia satu daripada proses. Saya perlu terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Sementara itu, Zii Jia menyatakan bahawa beliau akan ke Denmark seminggu awal sebelum Terbuka Denmark pada 18-23 Okt, untuk berlatih bersama juara dunia Viktor Axelsen.

“Axelsen merupakan pemain terbaik masa ini dan mengekalkan prestasinya dengan baik. Beliau memang seorang pemain yang saya kagumi sejak dahulu,” katanya.

Selain itu Lee Zii Jia menetapkan sasaran untuk mengatasi juara dunia dua kali Kento Momota dari Jepun dengan menduduki tempat kedua ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjelang akhir tahun ini.

Juara All England 2021 bertekad akan cuba mengutip seberapa banyak mata yang boleh untuk membolehkan dia naik 2 anak tangga lagi. Kejohanan seterusnya adalah Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis disusuli Terbuka Jerman pada November.

Lee Zii Jea menegaskan: “Saya menyasarkan ranking nombor dua menjelang akhir tahun ini.”

“Saya berazam untuk mengejar mata saya daripada jelajah Eropah ini. Saya telah belajar daripada kesilapan saya dan akan mengembalikan prestasi terbaik saya untuk kejohanan seterusnya.”

Sumber: BERNAMA

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.