Zlatan Berdepan Pertuduhan Rasis Ke Atas Lukaku, Pogba Anggap Ia Benda Kelakar

Zlatan Ibrahimovic menafikan bahawa dia menggunakan bahasa rasis dalam pergaduhannya dengan Romelu Lukaku di derby Milan pada Selasa lalu.

Penyerang AC Milan Ibrahimovic dan penyerang Inter Lukaku terlibat dalam pertikaman lidah di atas padang – sebelum Ibrahimovic dibuang padang pada separuh masa kedua.

Inter memenangi perlawanan 2-1 hasil kebangkitan daripada ketinggalan dari gol Zlatan dan gol lewat Christian Eriksen.

“Di dalam dunia Zlatan tidak ada tempat untuk perkauman,” tweet pemain Sweden itu.

Zlatan menambah: “Kami semua ‘bangsa’ yang sama – kita semua sama !! Kita semua pemain yang lebih baik daripada yang lain.”

Zlatan disiasat

Mikrofon dari tepi padang meerakam suara Ibrahimovic yang mengatakan “pergi buat voodoo kau [ilmu hitam di Afrika]” kepada Lukaku.

Zlatan menegaskan bahawa perkataan voodoo itu tidak merujuk kepada rasis. Tetapi merujuk kepada kenyataan pemilik Everton Farhad Moshiri pada 2018 yang menuduh peyerang Belgium itu memilih untuk menyertai Man United setelah mendapat ancaman daripada voodoo.

Lukaku ketika itu memfailkan tindakan undang undang ke atas Moshiri.

Ibrahimovic juga menyebut Lukaku sebagai “keldai kecil”.

Lukaku, 27, turut dirakan kamera dengan kamera dengan mencarut melibatkan isteri dan ibu Ibrahimovic.

Ibrahimovic kemudian dibuang pada, hanya selepas 13 minit babak kedua kerana melakukan kekasaran terhadap bekas pemain pertahanan Manchester City, Aleksandar Kolarov.

Lukaku mendapat gol penyamaan dari penalti, sebelum gol kemenanga lewat dari Eriksen.

Pada tahun 2019, Ibrahimovic memberikan wawancara dengan surat khabar Itali Gazzetta dello Sport di mana dia mengatakan bahawa dia pernah menawarkan Lukaku £50 untuk setiap kali dia mendapat sentuhan pertama yang baik.

Dan Zlatan mengulangi troll tersebut ketika bertelagah dengan Lukaku di atas padang dengan menambahkannya 10 kali ganda kepada EUR500.

Tidak ada komen rasmi dari mana-mana kelab mengenai perkara itu itu. Difahamkan, Ibrahimovic memanggil rakan sepasukannya di bilik persalinan selepas perlawanan untuk menegaskan bahawa tidak ada niat rasis terhadap kata-katanya dengan Lukaku.

Isu itu sedang dibincangkan oleh Persekutuan Bola Sepak Itali pada hari Rabu dan kemas kini dijangka pada hari Jumaat.

Paul Pogba antara bintang yang tampil memberikan sokongan kepada Ibrahimovic. Dan menganggap Zlatan bukan seorang yang rasis.

Paul Pogba menerusi Twitternya menegaskan bahawa Zlatan adalah manusia terakhir di dalam fikirannya apabila bercerita tentang rasis.

“Zlatan… rasis? Dia pun sangat sayangkan saya dan orang terakhir yang berada di fikiran saya apabila memikirkan soal rasis! Ayuhlah, jangan buat kelakar dengan benda tu.”

Inside Zlatan dan Lukaku

Zlatan Ibrahimovic  dan Romelu Lukaku merupakan sahabat baik selama ini. Namun dalam aksi suku akhir Coppa Italia, kedua dua mereka saling bertengkar dan bersahut carutan panas ketika adrenalin menyerbu jiwa mereka.

Itulah yang berlaku dalam derbi Della Madonnina / Derbi Milan. Kawan boleh menjadi lawan.

Bekas rakan sepasukan Manchester United terlibat dalam pertengkaran ketika saat-saat akhir babak pertama.

Lukaku dan Ibrahimovic mulai bertikam lidah sebelum mereka saling bersemuka di hadapan pengadil Paolo Valeri.

Selepas kedua duanya dilayangkan kad dan dileraikan, Ibrahimovic terdengar berteriak pada Lukaku “Pergi mampos la sial kamu, kau keldai kecil.”

Lukaku terus mengejar Ibrahimovic di terowong dengan rakan rakan mereka berdua saling membantu mengawal kedau duanya.

Daily Mail melaporkan Lukaku tidak berpuas hati dengan Ibrahimovic yang dikatakan ada menyentuh tentang ibunya.

Zlatan turut mengutuk first touch Lukaku: “Aku bagi kau EUR500 setiap kali kau berjaya melakukan first touch dengan betul, cepat buat voodoo kau najis, kau keldai kecik.”

Pemain berusia 27 tahun itu dapat didengar memberitahu penyerang AC Milan itu “Aku akan menyetubuhi bini kamu, kau budak kecik, dan kau nak bercakap tentang ibu aku !?”

 

Ibrahimovic berpuas hati kerana dia membawa pasukannya di hadapan pada rehat separuh masa menerusi jaringannya.

Namun pada separuh masa kedua, segalanya milik Lukaku dan Inter.

Zlatan dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Kolarov. Zlatan hanya sempat beraksi 13 minit pada separuh masa kedua.

Lebih malang buat AC Milan, selepas kehilangan pemain berpengaruh mereka, AC Milan memberikan penalti kepada Inter. Lukaku mengambil tugasan itu dan menyempurnakannya.

Masa tambahan diberikan 10 minit selepas pengadil cedera dan terpaksa ditukarkan. Lalu pada minit ke 90+7 Eriksen memastikan Inter mara ke separuh akhir dengan sepakan percuma cantik.

Inter mara ke separuh akhir. Menanti pemenang di antara Juventus ataupun SPAL.

Pergaduhan di antara Zlatan dan Lukaku bukanlah perkara yang diinginkan para peminat kedua dua pemain. Kerana sebelum ini kedua duanya saling melengkapi ketika di United.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.