10 Drama Dan Filem Gong Yoo Yang Mantap

Gong Yoo merupakan salah seorang pelakon Korea yang banyak naskah power.

Nama sebenar beliau ialah Gong Ji-chul, lahir pada 10 Julai 1979.

Beliau mulai menempa nama dalam industri pada awal 2000-an. Dan berikut 5 senarai filem dan 5 senarai drama Gong Yoo yang best.

1. The Age of Shadows

Ini merupakan salah satu naskah terbaik beliau dan menemui penonton pada 2016. Gong Yoo membawa watak Kim Woo-jin dalam filem ini.

Walaupun bukan watak utama, namun watak beliau telah memberikan direction yang padu kepada filem ini. Filem ini menerima anugerah Filem terbaik pada Korean Association of Film Critics Awards ke-36.

Berlatarkan akhir 1920-an, The Age of Shadows adalah filem kejar mengejar di antara sekumpulan pejuang yang cuba membawa bahan letupan dari Shanghai untuk menghancurkan kemudahan utama Jepun di Seoul, dan ejen Jepun yang berusaha menghentikannya.

Seorang pegawai polis Jepun kelahiran Korea yang berbakat, berada dalam dilema.

2. Train to Busan

Salah satu naskah penting dalam kariernya yang melonjakkan namanya lagi untuk lebih dikenali. Gong berlakon sebagai Seok-woo, yang terperangkap di kerumuman zombi.

Filem ini mengisahkan sekumpulan manusia perlu sampai ke Busan untuk keluar daripada cengkaman zombi yang menyerang mereka.

Filem ini penuh dengan debaran dan juga ketegangan.

3. Silenced

Juga dikenali sebagai The Crucible, ditayangkan pada 2011. Jika Train To Busan adalah naskah penting karier Gong Yoo, filem Silenced pula naskah paling bermakna dalam kariernya.

Gong Yoo menjadi seorang guru yang mendapati sekumpulan kanak kanak pekak bisu di sekolah khas telah menjadi mangsa penderaan seksual. Beliau cuba memperjuangkan nasib mereka dan cuba mendakwa guru besar dan kembarnya yang terlibat.

Dia berjanji akan menuntut keadilan untuk pelajar pelajar itu yang rentan.

Dalam filem ini Gong Yoo juga berganding dengan Jung Yu-mi.

4. The Suspect

Filem ini filem aksi yang menonjolkan kemampuan Gong Yoo dalam filem genre ini.

Beliau membawa watak sebagai perisik Korea Utara dalam misi rahsia.

Jika korang suka filem penuh aksi, filem ini sangat direkomendasi.

5. A Man and a Woman

Gong Yoo ada banyak drama romantik. Filem ini filem romantik yang kompleks untuk anda yang sukakan genre cerita cinta Korea.

Kisah lelaki dan wanita yang bertemu di Finland. Ia telah membawa kepada satu kisah cinta yang menarik dan kompleks.

Sang Min adalah seorang ibu yang tinggal bersama anaknya yang autisme di Helsinki. Pada satu hari dia bertemu jejaka Korea bernama Ki Hong.

Jumpa orang senegara di tempat orang pastinya seronok semacam. Daripada perkenalan biasa terus terasa ada satu connection. Namun mereka tak tahu nama masing masing.

Namun mereka bertemu kembali selepas itu. Dan kali ini mereka lebih rapat dan mengenali siapa satu sama lain.

Senarai drama

Berikut adalah 5 drama Gong Yoo yang korang boleh try tengok

1. Guardian: The Lonely and Great God / Goblin

Antara naskah drama terbaik dariapda Gong Yoo yang membuatkannya sendiri digelar Goblin di luar set.

Pada zaman dahulu, Kim Shin (Gong Yoo) adalah jeneral yang tidak terkalahkan dalam perang, tetapi Raja muda (Kim Min-Jae) cemburu pada Kim Shin dan membunuhnya.

Kim Shin menjadi Dokkaebi (Goblin atau pelindung jiwa), memiliki kehidupan abadi. Pada mulanya dia berfikir bahawa dia diberkati, tetapi dia menyedari bahawa dia adalah satu sumpahan.

Kim Shin telah menunggu 900 tahun untuk pengantin manusia untuk mengakhiri hidupnya yang abadi.

Pada suatu malam, dia menyelamatkan seorang wanita hamil (Park Hee-Von) yang ditakdirkan untuk mati.

Sementara itu, Grim Reaper (Lee Dong-Wook) tidak dapat menemui wanita hamil yang mati. Wanita itu melahirkan bayi perempuan bernama Ji Eun-Tak (kemudian dilakonkan oleh Kim Go-Eun).

9 tahun kemudian, Ji Eun-Tak tinggal bersama ibunya dan dapat melihat hantu. Pada suatu malam, ibunya tiba-tiba meninggal dunia. Pada malam itu, dia bertemu dengan Grim Reaper.

Pada hari jadinya, Ji Eun-Tak duduk di tepi laut dengan kek hari jadi yang ringan. Pada masa itu, Kim Shin tiba-tiba muncul di hadapannya.

Kim Shin tidak tahu mengapa, tetapi dia dapat mendengar suaranya dan muncul di hadapannya bertentangan dengan kehendaknya.

Secara kebetulan, Kim Shin tinggal bersama Grim Reaper di rumah yang sama.

Pada suatu hari, Ji Eun-Tak memberitahunya bahawa dia adalah Dokkaebi dan dia adalah pengantinnya.

2. Big

Siri TV Korea 2013 ini adalah kemunculan semula rasmi Gong Yoo ke layar perak (selepas perkhidmatan ketenteraannya).

Filem ini berdasarkan tema unik iaitu pertukaran badan. Komedi romantis itu sangat dihargai oleh penontonnya semasa pembebasannya yang pertama.

Walaupun begitu, ia juga mendapat reaksi yang agak bercampur daripada peminat kerana endingnya.

3. The 1st shop of coffee prince

Juga dikenali hanya dengan “Coffee Prince.”

Kalau kat Malaysia ni yang versi Fattah Amin tu la.

Drama ini antara drama yang berjaya menaikkan nama Gong Yoo. Mengisahkan kisah seorang wanita yang berpakaian dan tampil seperti lelaki.

4. One Fine Day

Drama kekeluargaan ini dilancarkan pada tahun 2006. Kisah drama ini berdasarkan kehidupan dua orang asing yang secara sah menjadi adik beradik ketika ibu bapa mereka berkahwin satu sama lain.

5. Hello My Teacher

Ini mungkin merupakan salah satu drama pertama yang menaikkan nama Gong Yoo pada awal karier yang mengubah perjalanan kerjayanya.

Siri ini juga dikenali sebagai “Biscuit Teacher and Star Candy”. Gong Yoo memainkan peranan sebagao pengacau dalam siri ini yang membuatnya cepat mendapat perhatian daripada ramai.

Jika korang peminat Gong Yoo, naskah awal seperti ini harus anda saksikan.

PERHATIAN!

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.

Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di