10 Gerakan WWE Yang Paling Power, Stunner Legenda Antaranya

Bleacher Report telah menyenaraikan ranking 10 gerakan paling padu di dalam WWE.

Berikut adalah senarainya:

10. Batista Bomb

Dianggap antara gerakan pemusnah yang paling popular di dalam WWE. Batista menggunakan gerakan ini untuk memenangi World Heavyweight Championship – daripada Triple H di WrestleMania 21.

The Animal turut menggunakan Batista Bomb untuk menewasakan musuhnya seperti Booker T, Edge, dan ramai lagi.

9. Stone Cold Stunner

Gerakan ini dominan pada era 90-an. Ianya satu gerakan pemusnah yang pantas dan nampak sangat semulajadi dilakukan Stone Cold.

Ianya mulai diperagakan pada 1996.

Selain daripada seteru di dalam ring, Stone Cold juga pernah melakukan stunner ke atas Donald Trump – yang masa tu masih belum menjadi presiden.

Namun sayang sekali, selepas masuk ke era 2000-an, Stone Cold tidak dapat mempamerkan gerakan ini lebih kerap kerana masalah kecederaan.

8. Rock Bottom

Salah satu signature move yang sangat popular daripada The Rock. Menjadikan beliau salah seorang penggusti paling digilai ramai satu ketika dahulu.

The Rock kini sudah menjadi superstar di Hollywood. Gerakan klasik beliau ini membantunya mendapatkan 8 kejuaraan WWE.

7. Tombstone Piledriver

Gerakan ini turut digunakan oleh ramai penggusti lain termasuk Kane (yang korang ingat adik Undertaker masa korang kecik) dan Kazuchika Okada.

Namun Undertaker adalah penggusti yang paling sinonim dengannya dan versi Undertaker sahaja yang dibenarkan di dalam WWE.

6. Sweet Chin Music

Satu gerakan dengan tendangan ala karate yang dilepaskan secara mengejut ke atas dagu lawannya oleh Shawn Michaels.

Tiada ribut tiada angin tetiba kaki singgah kat dagu.

5. Pedigree

Gerakan ini juga gerakan game over daripada Triple H. Menjadikannya sebagai salah seorang legenda dalam WWE dengan gaya yang licik.

Satu lagi gerakan pemusnah – antara yang paling popular dalam sejarah WWE.

https://twitter.com/i/status/1051575566632144896

4. Attitude Adjustment

Gerakan ini popular oleh John Cena. Di mana dia akan menghempaskan mangsanya di mana sahaja. Cena menjuarai 16 kejuaraan dunia dengan bantuan gerakan ini, walaupun ketika ini kariernya sudah menunjukkan sedikit perlahan.

Namun John Cena tetap dianggap antara nama penting yang membantu menaikkan populariti WWE pada era beliau.

Cena sendiri pun terkena dengan gerakan ini.

3. RKO

Gerakan yang paling ampuh daripada Randy Orton. Korang tak perlu jadi peminat WWE pun untuk tahu gerakan ini.

Kerana ia ada merata di internet dikongsikan para penggemar memes video. Gerakan ini turut berkesan digunakan oleh Randy Orton untuk memperdaya lawannya yang cuba menyerangnya.

Gerakan ini boleh dilakukan daripada pelbagai sudut keadaan. Ramai mangsanya, termasuk Seth Rollins.

2. F-5

Gerakan ini digunakan oleh Brock Lesnar untuk menamatkan rekod tanpa kalah yang panjang oleh The Undertaker dalam Wrestlemania.

Brock Lesnar antara nama legenda dalam WWE yang memiliki pesona tersendiri. Cara Lesnar melakukan gerakan ini memang padu, meletakkan lawannya di atas bahunya dan kemudian menghempaskan mereka.

1. The Spear

Dalam senarai ini, gerakan The Spear diundi sebagai gerakan paling padu. Ianya signifikan dengan beberapa superstar seperti Goldberg, Edge, Bobby Lashley dan sekarang ini Roman Reigns.

Antara gerakan legend dalam WWE.

Gerakan ini menggabungkan kelajuan dan impak. Di mana penggusti akan meluru ke arah lawan mereka dan menjatuhkan mereka.

Antara paling power ketika Roman Reigns counter balik gerakan AA John Cena dengan cara ini:

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali