2 Je Catatan Buruk Setan Merah Dan 3 Catatan Cemerlang Everton

Manchester United menelan kekalahan kelapan mereka musim ini dalam Liga Perdana Inggeris. Kekalahan di Goodison Park merupakan kekalahan di tangan pasukan di tangga ke-17 dalam carta Liga Perdana Inggeris, Everton.

Berikut adalah 5 catatan statistik yang terhasil daripada perlawanan ini.

1. Gendepressing Rangnick

Rangnick pastinya tengah tertekan ketika ini. Kerana hanya mencatatkan rekod 47% nisbah kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris ataupun hanya 8 daripada 17 perlawanan.

Ianya adalah peratusan kemenangan paling rendah oleh mana mana pengurus yang pernah mengendalikan Man United dalam Liga Perdana Inggeris.

Secara berpasukan, Manchester United hanya menang 1 daripada 7 perlawanan terakhir mereka. Dan kemudian kekal di tangga ketujuh untuk seminggu lagi. Mereka juga melepaskan kelebihan yang mereka miliki dalam persaingan ke top 4 sebelum ini, dengan berada 3 mata di bawah slot eropah, ketika artikel ini ditulis.

2. Bruno Fernandes bergelut

Bruno Fernandes adalah kunci utama kekuatan Manchester United sejak menyertai mereka beberapa tahun lalu.

Beliau selayaknya mendapat kontrak baharu di Old Trafford.

Namun dalam beberapa minggu terakhir ini, segalanya serba sukar buat Fernandes di Manchester United. Beliau dikritik ketika gagal menunjukkan aksi yang bagus sebagai false 9 sebelum ini.

Kini dalam 2 perlawanan terakhir, Fernandes kehilangan bola sebanyak 48 kali secara terkumpul. Ya, sudah tentunya ini bukan hari yang baik untuk superstar Portugal itu yang membantu negaranya mara ke Piala Dunia sebelum ini menerusi golnya.

3. Lampard tamatkan badi

Sebelum ini Lampard pernah mengendalikan skuad Chelsea yang lebih baik daripada Everton pada hari ini.

Namun Man United sentiasa menjadi badi kepada Lampard terutama sekali Ole.

Lampard tak pernah menang ke atas United sebagai pengurus Chelsea. Namun berjaya melakukan dalam percubaan pertamanya di Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Walaupun penantian itu agak menyeksakan. Namun Lampard berhak menikmatinya selepas prestasi cemerlang Everton ketika bertahan.

via GIPHY

Ianya detik yang lebih istimewa kerana 3 mata ini mungkin akan menjadi mata yang memberikan motivasi penting untuk mereka kekal.

4. April adalah bulan Everton mengalahkan Manchester United

Ibarat sudah dirancang, kita je lalai. Sebenarnya, dalam 4 kemenangan terakhir Everton ke atas United setakat ini, semuanya dilakukan pada bulan April ataupun bulan keempat dalam kalendar.

Rekod unik itu bermula dari 2014. Jadi selepas ini Man United harus berhati hati dengan April dan Everton.

5. Ben Godfrey terlalu kental

Maguire mungkin boleh meluangkan masa menonton aksi Godfrey ini ketika balik ke rumah.

Di mana pertahanan Everton itu menunjukkan masterclass beliau dalam bertahan. Godfrey mencipta salah satu prestasi individu terbaik dalam kariernya bersama Everton.

Dia melakukan 13 clearances berdepan United. Paling banyak dilakukan pemain Everton dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris muism ini.

Rumusan

Manchester United benar benar bergelut pada musim ini. Kehadiran mega bintang seperti Ronaldo, Varane dan Sancho sebenarnya masih gagal membantu mereka.

United kini kekal 3 mata daripada 4 teratas. Mereka tersekat di tangga ketujuh dalam beberapa minggu ini selepas dipintas West Ham dan Spurs.

United menelan kekalahan kelapan mereka pada musim ini. Hanya mengutip 51 mata daripada 31 perlawanan.

Bagi Everton pula, mereka berjaya mendapat 3 mata berharga untuk menjarakkan diri daripada zon penyingkiran. Selepas beberapa perlawanan yang sukar bagi Everton, mereka akhirnya berjaya mendapatkan 3 mata daripada United dalam baki perlawanan yang sangat sukar buat skuad bimbingan Frank Lampard dalam usaha mereka mahu mengelak aib penyingkiran.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di