3 Budak Milo Dilayangkan Kad Merah Dengan Sekali Lafaz Oleh Pengadil

Di Tanzania, satu kejadian pelik berlaku. Di mana pengadil melayangkan kad merah – bukan satu, bukan dua – tetapi kepada 3 orang budak milo.

Budak milo merujuk kepada ball boy di Malaysia. Dipercayai istilah itu bermula ketika era 90-an, di mana dalam acara sukan di sekolah akan ada budak pengutip bola dihadiahkan baju milo dan milo percuma.

Kebanggaan untuk menjadi budak milo itu dahulu agak kuat kerana prestij ada baju milo itu.

Hari ini rasanya lagi ramai budak-budak tidak suka tugas ini kerana berpanas dan adanya penghawa dingin di rumah dengan gadget di tangan.

Budak milo ni ada kepentingan tersendiri. Mereka boleh membantu pasukan melancarkan serangan ataupun mengganggu kelancaran serangan lawan.

Jose Mourinho pernah memuji budak milo di Spurs sebagai bijak kerana membantu mereka mendapatkan gol daripada serangan kilat.

Liverpool pernah melakukan comeback epik menentang Barcelona hasil bantuan budak milo yang cergas.

Namun ada juga peristiwa Eden Hazard mengasari budak milo yang tidak mahu melepaskan bola segera.

Baiklah, di Tanzania dalam aksi menentang N i g e r, pasukan tuan rumah mendahului menerusi gol separuh masa pertama oleh Simon Msuva.

Pasukan tuan rumah memutuskan untuk melengahkan perlawanan ketika lawan mereka berterusan mencari gol penyamaan.

Sekawan budak milo di tepi pada seramai 3 orang berterusan membaling bola yang lebih ke dalam padang setiap kali bola terkeluar.

Jurulatih dan pemain simpanan pasukan lawan benar benar bengang dan membuat bantahan kepada pegawai keempat perlawanan.

Mereka menganggap itu taktik kotor oleh Tanzania.

Akhirnya pengadil dari Mesir, Mohamed Al Sayd sudah hilang sabar dan melayangkan kad merah kepada trio budak milo tersebut.

Walaupun dilayangkan kad merah, namun trio budak milo itu lega kerana mereka sekurang kurangnya membantu negara mereka memenangi perlawanan itu.

Dengan lawan mereka terus bergelut mencari gol penyamaan lewat.

Tanzania menang 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Negara Negara Afrika. Dan kisah kemenangan mereka tetap tidak boleh mengalahkan kisah 3 ball boy dibuang dari tepi padang dalam satu masa yang sama.

Sebenarnya ada peruntukan untuk pengadil melayangkan kad kepada jurulatih, pegawai pasukan, pemain simpanan dan sesiapa sahaja pegawai yang berkaitan.

Mungkin pengadil mempertimbangkan budak milo juga sebahagian daripada staf teknikal membuatkan dia menggunakan kuasanya melayangkan kad merah kepada trio tersebut.

Macam maca hal kan.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu