3 Pembelian Mampu Memberikan EPL Buat United Menurut Neville, Kenapa Kane Tepati Tradisi United?

Gary Neville semalam bermurah hati bermesra dengan netizen dalam satu sesi soal jawab di Twitter.

Bekas kapten Manchester United itu ditanya tetang, di mana agaknya Manchester United akan menamatkan musim hadapan dengan pembelian yang betul.

Menurut Neville ada 3 pemain yang akan mampu memberikan United kejuaraan Liga Perdana Inggeris jika kelab itu membeli mereka.

1. Raphael Varane

Dengan isu gandingan Maguire masih menjadi topik panas di United. Di mana Red Devils benar benar tidak ada gandingan yang terbaik untuk Maguire.
Pemain seperti Bailly dan juga Lindelof serta Tuanzebe kerapkali bertukar ganti bergandingan dengan Maguire.

Lindelof mungkin paling banyak bergandingan dengan Maguire, namun dua pemain tersebut masih belum membentuk gandingan yang benar benar mantap secara konsisten.

Maka tidak hairanlah Neville mencadangkan nama Raphael Varane.

Namun bukan mudah untuk mendapatkan pemain seperti Varane. Lebih lebih lagi masa depan Sergio Ramos dengan Real Madrid masih tidak pasti lagi.

2. Jadon Sancho

Neville sejak dari dulu mahukan United mendapatkan Sancho. Pemain tersebut hampir menyertai United sebelum ini. Namun rundingan mati selepas Borussia Dortmund meminta harga EUR108 juta untuk pemain itu.

Terbaru Dortmund sudah menyatakan mereka sedia memberikan diskaun kepada mana mana pasukan yang mahukan Sancho iaitu dengan tanda harga EUR90 juta.

Kreativiti Sancho menjadi aset utama pemain ini. Namun untuk tanda harga EUR90 juta, adakah United sanggup membayarnya?

Jika sebelum ini United terkenal dengan sikap membayar nilai terlampau kepada pemain seperti Pogba dan beberapa pemain lain lagi. Namun polisi kelab mereka sudah banyak berubah dalam beberapa musim ini.

Di mana Ole menegaskan mereka tidak mahu dibuli di pasaran perpindahan.

3. Harry Kane

Kane dianggap pelengkap kepada United. Pasukan Manchester United masih mencari no.9 yang mampu menjaringkan 20 -30 gol semusim secara konsisten.

Kane sudah menyatakan beliau mahu angkat kaki. Walapun Edinson Cavani sudah melanjutkan kontrak, namun ianya cuma setahun.

Sedangkan Kane boleh menjadi projek jangka masa panjang di Manchester United.

Beberapa bulan lalu, Gary Neville menyokong pembelian Harry Kane, yang menurut beliau menepati tradisi Man United yang kerap mencipta sejarah dalam jendela perpindahan pemain serta rekod mendapatkan pemain pemain Inggeris terbaik.

Neville berkata: “Kane menepati tradisi perpindahan bersejarah di United. Lihat balik sebelum ini, Brian Robson, Roy Keane, cubaan untuk mendapatkan Alan Shearer, kemudian pembelian Rio Ferdinand, Wayne Rooney.”

“Mereka adalah pemain yang terbaik dan pemain Inggeris, British dan Ireland yang paling popular di Liga Perdana Inggeris. Dan Man United cuba mendapatkan pemain yang menepati ciri-ciri itu.”

“Imbas kembali pada musim panas tahun lalu, United mendapatkan Harry Maguire, salah seorang pemain terbaik yang berada dalam senarai perpindahan.”

“Untuk Kane, beliau berjaya beraksi baik di England. Saya juga rasa Kane sangat bagus di kelab.”

Itulah pandangan Neville tentang pemain yang betul yang perlu United tandatangani untuk membawa semula trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris ke Manchester United.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di