4 Sebab Chelsea Tak Perlu Layan ‘Demand’ Daripada Willian

Willian dilaporkan meminta kontrak sekurang-kurangnya 3 tahun di Stamford Bridge.

Namun Chelsea hanya mampu memberikan 2 tahun maksimum. Sebenarnya sebelum ini Chelsea hanya menawarkan setahun sahaja. Namun Willian menyatakan beliau mahu at least 2 tahun.

Selepas Chelsea menawarkan 2 tahun, Willian pula mahukan at least 3 tahun. Apa ni jang oi.

Baiklah, ini 4 sebab kenapa Chelsea tak perlu tunduk dengan Willian.

1. Willian nak kekal kerana agenda peribadi

Willian sebelum ini beberapa kali gegatal nak keluar dari Chelsea. Ini termasuk mahu ke Barcelona dan Manchester United.

Namun kini pemain itu menyatakan beliau mahu kekal di Chelsea hanya kerana beliau mahu kekal di bandar London.

Willian baru sahaja mendapat kewarganegaraan Britain baru baru ini. Dan beliau menegaskan isterinya mahu membesarkan anak mereka di London.

Jadi, Chelsea tak perlu panik melayan permintaan melampau pemain itu. Kerana dia tahu, Chelsea adalah destinasi yang dia pilih untuk agenda peribadi juga.

Malah beliau sudah menyatakan, jika tak dapat kontrak baharu di Chelsea beliau tak teragak agak menyertai pasukan seteru sebandar di London, ini termasuk Arsenal atau Spurs.

2. Usia

Willian sudah berusia 31 tahun. Chelsea pastinya perlu membuat pilihan bijak untuk tidak memberikan gaji melampau kepada pemain itu.

Ianya boleh merosakkan struktur gaji di Stamford Bridge. Di mana pada musim hadapan ramai pemain muda Chelsea mahukan kontrak lanjutan.

Dengan situasi Willian ini, ia boleh memberikan impak.

3. Pengganti Hazard

Ternyata sekali Willian tak mampu menggantikan Eden Hazard. Chelsea perlu mencari pengganti Hazard.

Bukan semestinya mencari pemain selincah Hazard. Tetapi mencari pemain yang marquee player dan boleh menjadi nadi pasukan dalam setiap perlawanan.

Willian ada isu dengan konsistensi di atas padang. Selain itu dalam beberapa perlawanan, komitmen kerjasama berpasukan beliau kerap turun naik prestasinya.

4. Pembelian baru

Jika Chelea memutuskan untuk melanjutkan kontrak Willian untuk jangka panjang dengan kontrak lumayan, ia akan mempengaruhi dana perpindahan dan juga dana gaji pemain dalam pengurusan Frank Lampard.

Lampard dikatakan sudah memutuskan untuk melepaskan Pedro selepas tamat musim ini.

Lampard masih mahukan Willian di dalam pasukannya. Posisi pemain sayap yang ada, Chelsea ada Christian Pulisic dan juga Callum Hudson Odoi.

Malah ramai penyokong Chelsea sendiri menyampah dengan demand daripada Willian.

Rumusan

Berdasarkan situasi di atas ini, rasanya Lampard tidak perlu risau untuk move on daripada Willian, jika pemain itu terus demand benda bukan bukan pada kontrak baharunya.

Lampard memiliki pasukan yang bagus dengan kualiti pemain muda yang semakin meningkat naik.

Lampard boleh sudah memikirkan pemain bintang baharu yang akan dibawa masuk.

Boleh dikatakan, adanya Willian lebih kepada depth player, bukannya impak konsisten sebagai main player.

Malah sebelum ini sudah beberapa kali Willian meletakkan Chelsea seperti ‘tawanannya’ setiap kali jendela perpindahan.

Namun jika beliau setuju dengan tawaran 2 tahun kontrak dengan gaji yang tak terlalu yahudi, maka beliau dialu alukan terus kekal.

Baca yang lain