5 Pemain Terbaik TFC 2020

Sejak Liga Super diperkenalkan pada tahun 2004, Terengganu hanya 2 kali menamatkan kempen liga di 3 tempat teratas. Musim 2020 pasukan yang kini dikenali sebagai Terengganu FC (TFC) merekod pencapaian ke-3 mereka di kelompok itu.

Ia dilakukan dibawah kendalian Irfan Bakti (2010, 2011) dan Nafuzi Zain (2020). Lebih menarik Nafuzi merupakan anak didik Irfan Bakti melalui kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh jurulatih muda itu ‘tanpa Irfan saya tidak akan berada disini’.

Piala Malaysia ditamatkan lebih awal kerana masalah pandemik semakin menular di negara ini. Maka slot ke Piala AFC diberikan kepada TFC sempena menjadi pasukan ke-3 terbaik Liga Super.

6 kemenangan, 1 seri dan 4 kalah diharungi oleh 25 pemain yang digunakan Nafuzi sepanjang musim. Siapa 3 pemain tempatan, 1 pemain import dan 1 pemain muda yang boleh dikatakan terbaik sepanjang kempen itu berlangsung?

PERSEDIAAN SKUAD

Nafuzi Zain membawa masuk 6 pemain tempatan baru bagi mengisi beberapa pemain yang tidak dikekalkan. Kepulangan semula Arif Fadhilah (PKNS) merupakan major signing bagi menggantikan Adib Aizuddin yang bersama skuad Penyu itu selama 3 musim.

Nasir Basharuddin (Perak) dan Azalinullah Alias diperlukan bagi mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Chanta Thierry Bin sementara itu 2 pemain sayap baharu Faiz Nasir (Selangor) dan Savindran Devandran (JDT II) masuk menggantikan Syamim Yahya, Anwar Shahruddin, Malik Arif dan Izuan Rosli.

Darren Lok (JDT II) menjadi pelengkap pasukan musim 2020 bersama 3 pemain import baharu.

3 PEMAIN TERBAIK TEMPATAN

Kecemerlangan TFC banyak bergantung kepada import. Tidak ramai pemain tempatan yang dominan menguasai tempat selepas beberapa pemain muda yang ditampilkan oleh pasukan mendapat perhatian jurulatihnya.

Arif Fadhilah antara yang berjaya mengisi tempat yang ditinggalkan Adib dan pemain kelahiran Terengganu ini mampu menjadi seperti Zubir Azmi, pemain yang berkelana selepas mendapat beberapa siri kecederaan.

Seorang lagi pemain kelahiran Terengganu yang membuat kepulangan semula, Azalinullah Alias merupakan pemain yang paling kerap mendapat kepercayaan Nafuzi untuk beroperasi di bahagian tengah.

Pemain berusia 24 tahun itu tampil 10 dari 12 perlawanan Terengganu musim ini bagi mengisi tempat Thierry Bin dan Lee Tuck yang kadang-kadang bermain di bahagian sayap.

Faiz Nasir tidak mempunyai musim yang baik seperti musim sebelumnya tetapi dalam senarai pemain TFC tidak ada siapa yang boleh menjadi pemain ke-3 terbaik pasukan. Ketika Lee Tuck perlu menanggung beban prestasi tidak baik Faris Ramli sekurang-kurangnya Faiz masih boleh mengekalkan prestasinya untuk tampil dalam kesemua 11 perlawanan liga.

*Arif Abdullah, Azalinullah Alias, Faiz Nasir

1 PEMAIN IMPORT TERBAIK

Musim ke-3 Lee Tuck masih melihat pemain Inggeris ini terus menjadi pemain yang berperanan besar dalam pasukan TFC. Malah kali ini dia menggalas 2 posisi secara seimbang iaitu tengah dan sayap. Kekuatan TFC banyak bergantung kepada pemain import terutama di bahagian serangan.

20 dari 24 gol liga terhasil melalui trio Lee Tuck, Dominic da Sylva dan Sanjar Shaakhmedov. Lee Tuck telah mengumpul 16 gol sejak 2018 dan musim ini dia menyumbang 6 gol, 5 darinya ketika dia bermain di bahagian sayap.

*Lee Tuck

1 PEMAIN MUDA TERBAIK

Sudah pasti 2 nama ini akan muncul dalam penilaian anda, tidak lain tidak bukan Rahadiazli Rahalim dan Azam Azmi. Nafuzi meletakkan Rahadiazli seawal perlawanan pertama namun pemain ini mendapat kecederaan pada perlawanan ke-3 liga. Dia sempat kembali semula pada penghujung September dan bermain 3 kali lagi sebelum muncul di Piala Malaysia.

Azam Azmi pula mula mencabar tempat Hafizal Alias pada lewat liga. Daripada 2 nama ini, Rahadiazli lebih menonjol dan jika tidak kerana kecederaan dia mungkin bermain dalam kesemua perlawanan yang ada musim ini.

*Rahadiazli Rahalim

Secara keseluruhan Nafuzi Zain menyenaraikan 27 pemain dalam kesemua perlawanan yang dimiliki. Menggunakan 25 pemain dari senarai tersebut.

Ia termasuk 7 nama pemain import yang mana Faris Ramli pernah bertukar pasukan dengan Bruno Suzuki. Argzim Redhovic pula masuk menggantikan Babacar Diallo yang cedera.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di