5 Pemain Utama Yang ‘Underpaid’ Di EPL

Underpaid merupakan istilah yang digunakan untuk orang yang menerima gaji kurang daripada yang sepatutnya mereka dapat.

Kadangkala ada pemain lain yang sekdar menjadi pemanas bangku simpanan ataupun tak perform, namun menerima gaji lebih besar daripada mereka ini yang berhempas pulas di atas padang.

Namun nak buat macamana, sebab kontrak mereka sudah menyatakan jumlah itu.

Berikut adalah pemain yang dinaggap underpaid di EPL

5. Declan Rice – £62,000 seminggu

Pemain tengah West Ham ini merupakan pemain yang diletakkan tanda harga £100 juta oleh pasukannya. Menjadi pemain yang menarik perhatian Chelsea dan Man United.

Namun Rice hanya menerima £62k seminggu di West Ham. Beliau merupakan pemain yang menjadi sandaran utama skuad Moyes serta skuad kebangsaan England.

Rice terkenal dengan gaya permainan berdisiplin dan kental bertahan di tengah padang.

Maka tidak hairanlah Thomas Tuchel pun berminat untuk membawa pulang bekas pelajar akademi Chelsea itu kembali ke Stamford Bridge.

Apa yang pasti Rice pastinya akan mendapat kenaikan gaji tinggi selepas ini jika memutuskan untuk kekal, kerana banyak kelab lain yang sedia membayar beliau lebih 2 kali ganda daripada gajinya ketika ini.

4. Scott McTominay – £20,000 seminggu

Manchester United mungkin ada ramai pemain yang dianggap overpaid, namun McTominay bukan antaranya.

Beliau merupakan pemain yang kerap menjadi pilihan utama Ole Gunnar Solskjaer beraksi dalam kesebelasan utama.

Dikenali dengan gaya klasik Inggeris di tengah padang. Dan kerap digandingkan dengan Fred di pivot pasukan United.

Pemain anarabangsa Scotland ini mungkin akan mendapat kenaikan gaji luar biasa pada kontrak baharunya kelak.

3. Andy Robertson – £50,000 seminggu

Pemain yang membantu Liverpool menjuarai UCL dan juga Liga Perdana Inggeris, Andy Robertson hanya menerima £50,000 seminggu di kelabnya.

Beliau menjadi bek sisi yang banyak kali disenarai dalam kesebelasan terbaik termasuk dalam kesebelasan FIFA XI.

Andy Roberton pemain bek sisi ofensif yang kreatif dan bertenaga.

2. Bukayo Saka – £30,000 seminggu

Mungkin Saka adalah pemain yang paling versatile di EPL pada ketika ini. Boleh bermain di posisi penyerang sayap – kiri dan kanan serta boleh beraksi di posisi bek sayap dan bek sisi.

Musim lalu, Saka menjadi pemain terbaik Arsenal walaupun ada ramai bintang lain di dalam pasukan The Gunners.

Saka pemain yang terkenal dengan kreativiti dan juga kelincahannya. Berjaya mendapat panggilan antarabangsa pada usia muda dan menyertai skuad England yang beraksi di Euro 2020 yang lalu.

Saka merupakan pemain yang kini menjadi perhatian banyak kelab besar terutama sekali kelab kelab di EPL sendiri.

1. Phil Foden – £30,000 seminggu

Pep Guardiola melabel Phil Foden sebagai ‘pemain yang paling paling paling berbakat pernah saya saksikan’. Ianya satu kredit yang sangat tinggi daripada seorang pengurus yang pernah melatih bakat bakat seperti Lionel Messi, Andreas Iniesta dan ramai lagi pemain yang berbakat elit.

Phil Foden menjadi pemain penting City terutama sekali prestasi beliau pada musim lalu. Membantu kelabnya memenangi beberapa EPL dan juga trofi domestik.

Foden turut menjadi pemain penting pasukan kebangsaan England di pentas antarabangsa.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu