5 Sebab Arsenal Tak Boleh Jual Aubameyang Pada Jendela Perpindahan Akan Datang

Pierre-Emerick Aubameyang kini dilaporkan masih belum melanjutkan kontrak di Arsenal.

Sekaligus membawa kepada spekulasi pemain itu akan dijual. Dengan beberapa kelab besar mahukan beliau termasuk Real Madrid serta seteru setanah Inggeris, Man United.

Berikut 5 sebab kenapa Aubameyang tidak boleh dijual oleh Arsenal ketika ini.

1. Core player

Aubameyang adalah pemain penting dan asas penting kepada pembentukan pasukan Arsenal di bawah Mikel Arteta.

Beliau pemain yang boleh bermain di posisi no.9 dan pemain sayap, dalam usaha Arsenal menstabilkan pasukan mereka di bawah Arteta.

Seterusnya, beliau masih kekal menjadi ketua pasukan Arsenal selepas pemergian Unai Emery.

2. Konsistensi

Lacazette adalah pemain yang sangat berkualiti. Beliau antara no.9 yang berkualiti di Eropah ketika ini.

Namun satu perkara yang Lacazette tak ada ataupun kurang berbanding Aubameyang adalah konsistensi.

Aubameyang adalah penjaring gol yang paling konsisten di dalam pasukan Arsenal. Beliau merupakan pemain yang terus menjaringkan gol walaupun bermain dalam pasukan mana Arteta turunkan.

3. Moral pasukan

Pemergian pemain seperti Aubameyang akan membuatkan moral pasukan Arsenal jatuh. Ini kerana ketika ini Arsenal ramai pemain muda yang memerlukan motivasi untuk lebih yakin di atas padang.

Dalam banyak perlawanan, korang boleh lihat apabila ada Aubameyang di atas padang ataupun di bench, beliau memberikan aura kepada pemain pemain muda Arsenal.

Arsenal pernah kehilangan pemain seperti Fabregas dan Van Persie sebelum ini yang membuatkan mereka struggle.

4. Pemain istimewa

Aubameyang adalah pemain istimewa. Beliau adalah pemain marquee untuk Arsenal ketika ini.

Jika mereka kehilangan pemain istimewa, mereka akan kehilangan perkara yang besar, kecuali mereka dapat seorang lagi marquee player untuk menggantikannya.

Sama seperti mereka menggantikan Sanchez dengan Aubameyang sebelum ini.

Malah ada penyokong Arsenal melabel pasukan Arsenal seperti pasukan Aubameyang dan Leno. Merujuk kepada kepentingan pemain ini kepada mereka.

5. Masih ada ruang berunding

Aubameyang masih membuka  pintu rundingan dengan Arsenal. Jadi, Arsenal perlu untuk sedaya upaya memastikan pemain itu dapat kekal walaupun menambah jumlah yang banyak pada gajinya.

Seterusnya, Liga Juara Juara Eropah dilaporkan sebagai kunci utama kepada Aubameyang untuk kekal di Arsenal.

Arsenal juga perlu menunjukkan cita cita mereka di bawah Arteta dengan melakukan beberapa signing penting untuk membolehkan pemain itu yakin dengan projek mereka.

Rumusan

Aubameyang adalah bintang utama di Arsenal ketika ini. Beliau memberikan aura dan juga magisnya di atas padang.

Jika Arsenal kehilangan Aubameyang pada fasa yang mereka ada sekarang, ianya bakal memberikan impak yang sangat besar.

Mungkin Arsenal terpaksa menerima hakikat bahawa mereka terpaksa mengekalkan pemain itu sehingga tamat kontrak jika beliau tidak mahu melanjutkan kontrak.

Ini memerlukan restu daripada BOD untuk Arteta berbuat demikian.’

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari