5 Sebab Game Ini Benar Benar Gila Dan Dramatik

Perlawanan di antara West Ham dan Man United di stadium Olimpik London menghasilkan satu detik yang sangat gila.

Kelegaan jelas terpancar di wajah Ole Gunnar Solskjaer selepas berjaya memastikan 3 mata dibawa pulang ke Old Trafford.

1. Ronaldo

Jika ada yang meragui kemampuan Ronaldo dalam kepulangan semulanya kali ini, maka Ronaldo sudah memberikan jawapannya.

Ronaldo menjaringkan gol dalam kepulangan semulanya dalam perlawanan home pertama, kemudian dalam perlawanan away pertama dalam liga dan seterusnya, perlawanan UCL pertama pada debut keduanya.

Ronaldo adalah pemain yang sangat tajam di hadapan gol. Beliau masih tidak menunjukkan tanda tanda bahawa beliau adalah pemain yang akan berusia 37 tahun.

2. Prestasi West Ham

Ini bukan pasukan yang boleh dibuat mainan buat masa ini. Sangat on form. Mereka bermain dengan intensiti dan keberanian.

Ini kerana mereka ada keyakinan yang sangat tinggi ketika ini untuk berdepan dengan sesiapa sahaja di hadapan mereka.

Man United harus merasa lega kerana tidak bolos lebih pada malam ini. Fred menjadi weakest link United yang menjadi mangsa berkali kali ketika West Ham melaluinya.

3. Lingard

Sepanjang beberapa hari ini Jesse Lingard berdepan dengan banyak serangan di media sosial. Segalanya kerana kesilapan budak sekolah yang beliau buat ketika aksi UCL berdepan dengan Young Boys.

Bukan perkara yang mudah untuk pemain terus bangkit. Namun Lingard berjaya melakukannya dengan style.

Menjaringkan gol kemenangan dengan lencongan manis semanis kurma.

Lingard menjadi pemain yang sangat diraikan di dalam stadium kerana dia adalah wira West Ham musim lalu. Itulah bola sepak.

Tetapi bola sepak itu juga kejam untuk penyokong West Ham apabila Lingard merobek gawang mereka.

Namun bola sepak bukannya berkaitan gol semata mata, ianya juga tentang bagaiman rasa saling menghormati. Lingard dengan profesional tidak meraikan gol tersebut.

Kredit juga kepada pemain pemain Man United yang sekadar meraikan gol itu ala kadar kerana mereka tahu Lingard adalah pemain yang dekat dengan West Ham selepas musim pinjaman musim lalu.

4. De Gea

De Gea memiliki reputasi sangat merisaukan dalam penalti. Beliau tidak dapat menyelamatkan mana mana penalti dalam 40 penalti terakhir. Paling sakit adalah penalti ketika aksi berdepan Villareal di final UEL musim lalu.

Badi De Gea dengan penalti sudah lebih 5 tahun lamanya. Ini bukan benda yang kita terfikir untuk pemain seperti De Gea. Tapi mana ada manusia sempurna di dunia ni kan? Power tak ayat aku.

Pada hari ini beliau berdepan dengan pakar penalti yang dimasukkan semata mata untuk tugasan tersebut, Mark Noble.

Ajaibnya De Gea kali ini berjaya menepis bola tersebut dan dengan cukup kemas. Memastikan dirinya adalah wira sebenar selain daripada Jesse Lingard.

5. Pemain simpanan

Ada kisah menarik dari segi team management. Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini dikritik kerana pengurusan pasukannya yang dianggap merapu, memasukkan Lingard menggantikan Ronaldo, ketika mereka mahu mencari gol kemenangan. Dan akhirnya mereka kalah.

Ole terus menggunakan pendekatan sama, walaupun dia mengekalkan Ronaldo, tetapi Ole tetap percaya dengan kualiti Lingard. Dan hari ini kepercayaannya terbalas.

Seterusnya, David Moyes melakukan pertukaran pemain yang mirip dengan apa dilakukan Gareth Southgate sebelum ini. Memasukkan pemain semata mata untuk penalti.

Alan Shearer sebelum ini pernah menyatakan pertukaran seperti ini sangat berisiko kerana pemain langsung tak merasai bola, kemudian dibebankan dengan tugasan penting iaitu kena skor penalti.

Rumusan

Ini adalah perlawanan yang sangat menarik dan dramatik. Segalanya serba serbi menyeramkan buat Man United. Namun profesionalisme mereka membawa kepada kemenangan penting.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu