5 Sebab Pasukan AC Milan Era Ancelotti Terbaik Di Planet Pada Ketika Itu

AC Milan pertengahan dekad 2000-an antara pasukan yang dianggap terbaik sepanjang zaman. Kenapa mereka begitu power?

AC Milan sangat digeruni pada era Ancelotti. Boleh dikatakan serba serbi lengkap.

Jadi, berikut  5 sebab kenapa skuad AC Milan Era Ancelotti dikira pasukan yang terbaik di dalam generasi mereka.

1. Squad depth

Korang bayangkan pemain seperti Rui Costa, John Dahl Tomasson, Ambrossini, dan Kakha Kaladze pun berada di bench kerana kehebatan mereka.

AC Milan sarat dengan bakat pada ketika itu. Mereka memang menjadi magnet kepada mana-mana pemain di dunia, lebih lebih lagi reputasi Serie A pada ketika itu memang tinggi.

Malah Ronaldo fenomeno pernah menyatakan, tak lengkap karier seorang pemain power kalau tak merumput di Serie A.

2. Kualiti pertahanan

Jaap Stam, Paulo Maldini dan Alessandro Nesta antara sebahagian nama yang berada di dalam pasukan. Mereka juga ada Dida di gawang gol.

Paolo Maldini diiktiraf sebagai antara pertahanan terbaik sepanjang zaman dan beliau menjadi rujukan ramai bintang pada hari ini.

Gandingan Maldini-Nesta antara yang paling elegan.

Di hadapan mereka pula, ada pemain kental seperti Gatusso yang melindungi back 4.

3. Kaka dan Schevchenko

Seharusnya Kaka dan Sheva diletakkan pada satuk kolum khas untuk menghargai beliau. Pemain terbaik mereka dari kalangan ramai pemain berkualiti premium pada ketika itu.

Kaka ibarat Lionel Messi di Barcelona pada hari ini walaupun gol dia tak sebanyak Messi. Perancang tengah yang melengkapkan apa sahaja sistem dan formasi Ancelotti termasuk diamond dan formasi pohon krismas.

Schevchenko pula merupakan pemain terbaik di Eropah pada peak beliau. Namun sayang sekali beliau memutuskan untuk ke Chelsea dan kurang menjadi di sana.

4. Pengurusan Ancelotti

Beliau antara jurulatih yang berjaya mengumpulkan lambakan bintang di dalam satu pasukan dan memastikan majoriti pemain gembira untuk berbakti walaupun terpaksa menerima hakikat, duduk di bench.

Ancelotti juga seorang tactician yang sangat bagus, boleh mengeluarkan yang terbaik daripada para pemain beliau.

Lihat team final UCL 2005 mereka. Memang padu nak mampus.

5. Dua kali juara eropah

Di peringkat domestik mereka menang satu Serie A. Namun di peringkat Eropah mereka menang 2 UCL. Malang sekali mereka tewas satu di tangan Liverpool. Namun membalasnya pada 2007.

Berikut koleksi trofi Milan di bawah Ancelotti:

  • Serie A: 2003–04
  • Coppa Italia: 2002–03
  • Supercoppa Italiana: 2004
  • UEFA Champions League: 2002–03, 2006–07
  • UEFA Super Cup: 2003, 2007
  • FIFA Club World Cup: 2007

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi