5 Statistik Luar Biasa Cavani, Hanya Perlukan 45 Minit Untuk Mengubah Nasib United

Jika Ole Gunnar Solskjaer dikenali dengan rekod luar biasanya sebagai super sub. Malam ini Solskjaer memasukkan salah satu aksi super sub terbaik dalam sejarah.

Edinson Cavani masuk daripada kerusi simpanan dan memberikan impak luar biasa.

United ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Dengan ketumpulan Mason Greenwood, maka Ole Gunnar Solskjaer ada segala alasan mengeluarkan pemain itu seawal sepak mula separuh masa kedua.

Cavani mencipta rekod yang luar biasa. Berikut adalah statistik dan fakta tentang Cavani dalam perlawanan ini.

1. Terlibat dalam semua gol United

Edinson Cavani terlibat secara langsung dalam ketiga tiga gol Man United pada malam ini.

Beliau mencipta assist  untuk Bruno Fernandes pada minit ke-59. Di mana Cavani melakukan whip cross yang sempurna kepada Fernandes.

15 minit selepas itu Cavani menyamakan kedudukan selepas dibiarkan bersendirian dan tak ofsaid.

Pada masa kecederaan, Edinson Cavani menjaringkan gol kemenangan dengan flick header, menyambut hantaran Rashford.

2. Cavani vs Rashford + Greenwood

Secara keseluruhan, Cavani beraksi 45 minit, melakukan percubaan yang lebih banyak berbanding dengan Rashford dan Greenwood digabungkan.

Cavani melakukan 4 shots manakala Greenwood dan Rashford hanya melakukan 3 shots.

Seterusnya dari segi on target, Rashford dan Greenwood mengumpulkan hanya 1 on target, Cavani pula mencipta 2.

Statistik sumbangan gol, Rashford dan Greenwood mencipta 1 asssist, manakala Cavani mencipta 1 gol 2 assist bersamaan dengan 3 kontribusi gol.

3. Cavani otai masih berbisa

Dalam sejarah, hanya legenda Kevin Phillips yang menjaringkan 2 gol sebagai pemain gantian – yang lebih tua daripada Cavani dengan 36 tahun 197 hari.

Cavani mencetak 2 gol sebagai pemain gantian pada usianya 33 tahun 289 hari.

4. Rekod selepas 18 tahun

Cavani mengulangi rekod Ruud Van Nistlerooy untuk menjaringkan gol dan mencetak assist selepas masuk sebagai pemain simpanan.

Nistelrooy mencipta rekod itu pada 2002. Masa tu kau tengah sibuk membuat rangka karangan kereta terbang pada 2020.

5. Cavani membantu United cipta rekod cemerlang

Dengan kemasukan Cavani dan prestasi 10 bintang daripadanya dalam aksi berdepan Soton, beliau membantu United menjadi pasukan pertama menang 4 perlawanan di away secara berturut turut dalam EPL, dalam kedudukan mereka ketinggalan.

Dan United juga mencipta rekod buat pertama kalinya menang kesemua 8 perlawanan away terakhir mereka.

Nampaknya, United pasukan yang suka makan luar ni. Cavani musim ini sudah membuktikan beliau adalah signing yang bagus dan penting buat United.

Adakah korang rasa Cavani patut menjadi pemain kesebelasan utama selepas ini?

United dapatkan Cavani

Kegagalan mendapatkan Jadon Sancho membuatkan United lebih serius dalam mendapatkan penyerang legenda Uruguay, Edinson Cavani.

Cavani pemain tanpa kelab selepas tidak menyambung kontraknya dengan PSG. Di mana El Matador tidak yakin untuk terus kekal bersama PSG pada fasa akhir kariernya.

Cavani mahu mencari cabaran baharu dalam dirinya.

Cavani setuju dengan kontrak setahun di Old Trafford. Sebelum ini Cavani gagal memeterai perjanjian dengan beberapa kelab lain termasuk Napoli dan Atletico Madrid kerana permintaan gajinya yang terlalu tinggi.

Man United pastinya berharap Cavani akan menjadi seperti Ibrahimovic sebelum ini. Pemain yang mereka tandatangani selepas meninggalkan PSG dan membantu kelab memenangi Liga Europa dan Liga Europa.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di