Wanda Nara Tuntut Cerai Sekali Lagi Selepas Rujuk

Wanda Nara dan Mauro Icardi kemungkinan akan becerai sekali lagi. Sebelum ini kedua dua pasukan tersebut sudah bercerai dan kemudian rujuk kembali.

Terbaru Wanda Nara mahu meminta penceraian sekali lagi daripada Mauro Icardi. Dia sudah mengemukakan tuntutan cerai pada 22 November lalu.

Icardi sebelum ini kantoi berasmara dana dengan super model Argentina, China Suarez. Membuatkan Wanda Nara bengang dan mengumumkan penceraiannya dengan Icardi.

Namun tak lama selepas itu kedua dua mereka kembali bersatu. Itupun selepas Icardi berusaha memujuk isterinya sedaya upaya. Ini termasuk mengugut akan menamatkan kontrak dengan PSG.

Wanda Nara kemudian membuat perkara di luar dugaan dengan memuat naik gambar bekas suaminya iaitu Mazi Lopez bersama anak anak dan teman wanitanya.

Selepas beberapa minggu tak sebumbung, Wanda Nara akhirnya kembali ke pangkuan Icardi. Dengan pemain Argentina itu setuju perjanjian serah harta kepada Wanda Nara.

Dalam kontrak itu Icardi untuk menyerahkan segala aset yang beliau miliki kepada isterinya itu sehingga 2050.

Ramai ingat pasangan digelar Icardashians ini benar benar dah berbaik. Namun sebaliknya yang berlaku.

Sumber Juan Etchehoyen melaporkan bahawa Icardi dan Wanda Nara sekali lagi bergaduh besar. Wanda Nara merasakan bahawa Icardi benar benar seorang jantan gatal.

Wanda Nara juga dilaporkan menyesal dengan tindakannya memaafkan Icardi begitu sahaja walaupun suaminya itu curang.

Wartawan yang sama juga menyatakan bahawa beliau cuba menemuramah Icardi dan Wanda Nara sekali dalam satu sesi. Namun Icardi menegaskan bahawa dia tidak selesa.

Etchegoyen kemudian menyatakan bahawa temuramah itu tiada kaitan dengan hal rumah tangannya. Sebaliknya untuk isu berkaitan perniagaan. Tetapi pasangan tersebut dilihat benar benar tengah tak sehaluan.

Etchegoyen berkata: “Temuramah tu untuk akhbar Telefe yang berkaitan dengan perniagaan dan tiada kaitan dengan hal rumah tangga depa.”

“Kami dah menghubungi depa berdua, tapi kena maki hamun dan kena kompelin pulak. Hareyy.”

“Benda ni jadi panas sebab Icardi triggered kerana Wanda tidak memaklumkan dekat dia pasal Susana nak bercakap dengan dia dan suami.”

“Apa yang saya faham. Mereka berdua tak akan berikan kerjasama. Mereka berdua bangun dan berambus masa sesi tu.”

“Hubungan mereka ni memang dah tak ngam dah. Dan penceraian tu hanya menunggu hari je.”

Macam macam.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.