6 Anggota PDRM Positif COVID-19

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan bahawa enam anggota PDRM telah disahkan positif COVID-19 ketika bertugas di seluruh negara.

Jelas beliau lagi, daripada jumlah itu seramai 335 ahli keluarga PDRM turut menunggu keputusan selepas menjalani saringan kesihatan COVID-19.

Dipetik daripada Astro Awani, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata:

“Penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu begitu jelas menunjukkan bahaya ini bukan satu lakonan, ianya realistik boleh menjangkiti setiap warga PDRM. ”

“Ketika ini sudah enam orang positif dan ada 335 keluarga PDRM dibawah Patient Under Investigation (PUI). PDRM terpaksa mengambil risiko sehingga hari ini.”

Namun begitu, beliau menyatakan, perkara itu tidak sama sekali melunturkan semangat anggota PDRM untuk terus berkhidmat di tengah wabak koronavirus.

“Saya teruskan mesyuarat harian pagi dan petang bersama Timbalan Ketua Polis Negara dan 10 pengarah tertinggi PDRM, kami ada lakukan tele-sidang bersama 14 kontinjen yang ada.”

“Kita sampaikan pesanan dan galakan kepada semua warga PDRM yang bertugas tentang keperluan mereka sentiasa berhemah dan kawal emosi.”

Tan Sri Abdul Hamid Bador turut menegur segelintir rakyat Malaysia yang ingkar arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan sejak 18 Mac lalu.

PDRM juga sudah melakukan beratus sekatan jalanraya di seluruh negara sejak perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan.

Beliau berkata: “Saya percaya ini terus berlaku tetapi dalam jumlah yang kecil seperti kejadian dimana masih kedapatan sekumpulan orang yang masih menjalankan aktiviti bersenam.”

“Jadi kita terus tidak putus asa masih lagi dalam tahap mahu menyedarkan, memujuk rayu, berbagai taktik dan teknik digunakan petugas PDRM.”

Diharap kesemua anggota PDRM yang positif COVID-19 akan lekas sembuh. Dan terima kasih kerana terus cekal bersemangat berkhidmat demi negara.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di