9 Pemain Real Madrid Sertai Ronaldo Dalam Kelab 5 Kejuaraan UCL

Nama Luka Modric, Toni Kroos dan Casemiro mungkin anda sudah jangka akan berada dalam senarai baharu kelab 5 kejuaraan UCL.

Sebelum ini, hanya Cristiano Ronaldo sahaja yang memenangi 5 kejuaraan UCL secara peribadi.

Pada awal pagi tadi waktu Malaysia, Real Madrid memuktamadkan perjuangan kejuaraan ke-14 UCL dalam sejarah kelab mereka.

Real Madrid menumpaskan Liverpool menerusi jaringan tunggal Vinicius Jr pada separuh masa kedua.

Seterusnya prestasi cemerlang Thibaut Courtois juga menjadi sebab kenapa Liverpool gigit jari.

Courtois melakukan 9 saves dalam perlawanan ini. Menjadikannya sebagai salah satu persembahan terbaik secara individu di pentas final UCL dalam sejarah.

Dan untuk beberapa pemain ianya adalah kejuaraan kelima mereka secara peribadi.

Rekod itu ketika ini hanya dimiliki oleh pemain yang bermain atau pernah bermain dengan Real Madrid.

Sebelum aksi final di Paris, Ronaldo berjaya memenangi 1 UCL bersama Manchester United dan memenagi 4 lagi bersama dengan Real Madrid.

Ronaldo memiliki ramai rakan yang bersamanya memenangi 4 UCL di Real Madrid.

Semalam 9 nama pemain dimasukkan ke senarai daftar sebagai pemenang 5 kejuaraan UCL secara peribadi.  Mereka ialah

Karim Benzema

Penyerang yang menjadi tunjang kejuaraan UCL Real Madrid musim 2021/22 dan calon utama Ballon D’Or tahun ini.

Beliau menjadi sebab kenapa Real Madrid boleh beraksi di final pada musim ini. Menjaringkan hatrik berturut turut dalam aksi berdepan Chelsea dan PSG.

Trio Casemiro-Modric-Kroos

Mereka rasminya menjadi trio paling berjaya dalam sejarah UCL. Kini mereka sudah memenangi 5 UCL bersama dengan Real Madrid.

Luka Modric malah sempat mencelah dengan 1 Ballon d’Or sebelum ini di tengah tengah dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Trio ini sangat berpengalaman di final. Mereka sangat tenang walaupun berdepan asakan bertali arus.

Gareth Bale dan Marcelo

Walaupun musim ini dia bintang tersisih dan kekadang dia yang menyisihkan diri, namun Bale akan meninggalkan Real Madrid dengan rekod 5 kejuaraan UCL. Dia memainkan peranan besar dalam kejuaraan ke-13 untuk Real Madrid sebelum ini.

Seorang lagi legenda Real Madrid, Marcelo juga dilaporkan akan meninggalkan kelab pada akhir musim ini. Dia turut membawa bersama 5 medal kejuaraan UCL bersamanya.

Dia dianggap sebagai salah seorang bek sisi terbaik dalam generasinya. Namun harus diakui dalam beberapa musim ini dia bergelut dengan prestasi dan isu kecergasan.

Marcelo akan sentiasa dirindui oleh peminat Real Madrid.

Carvajal-Nacho-Isco

Carvajal menunjukkan prestasi cemerlangnya dalam aksi berdepan Liverpool. Menebus kehampaannya terpaksa keluar awal dalam final 2018 kerana kecederaan.

Carvajal berjaya mengunci Luis Diaz dengan baik dengan corak permainan agresif. Dia turut berlari ke seluruh padang ketika membantu rakannya bertahan.

Prestasi ini pastinya akan menguatkan namanya untuk dipanggil mewakili Sepanyol dalam kempen Piala Dunia akan datang.

Seterusnya Isco juga berada dalam senarai walaupun musim ini tidak menyumbang lebih besar kepada Real Madrid. Namun beberapa musim lalu dia menjadi pemain penting.

Nacho mungkin nama yang mengejutkan semua. Pemain yang sentiasa menjadi pemain untuk squad depth ini, telah mencipta rekod tak masuk akal dalam kariernya.

Terdapat satu lagi rekod unik di kalangan pemain ini. Di mana ada 5 pemain yang berada dalam kesebelasan utama Real Madrid dalam 4 final berturut turut sejak 2016.

Mereka ialah Casemiro, Toni Kroos, Luka Modric, Dani Caravajal dan Karim Benzema.

Itulah rekod rekod yang cemerlang dan luar biasa dicatatkan oleh pemain pemain Real Madrid ketika ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di