Klopp Sahkan Alisson Cedera

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan bahawa Alisson Becker tidak akan bermain menentang Bournemouth pada Sabtu ini – untuk aksi Liga Perdana Inggeris.

Ini kerana penjaga gol dari Brazil itu mengalami kecederaan pada bahagian ototnya.

Masalah kecederaan itu dikesan menjelang aksi berhadapan dengan Chelsea dalam perlawanan Piala FA. Di mana Liverpool tewas 2-0 di Stamford Bridge.

Dalam sidang media menjelang aksi liga hujung mingg ini, Klopp berkata: “Malang sekali, Alisson tak dapat bermain.”

“Beliau terlibat dalam insiden kecil ketika latihan menjelang aksi berhadapan dengan Chelsea. Kami mulanya ingatkan beliau tidak apa – apa.”

“Memang kami rancang nak rehatkan beliau pun masa perlawanan lawan Chelsea. Beliau duduk di bench je la.”

“Dan kami fikir, come on la kan, takkan nak ambil sebarang risiko. So, kami sisihkan dia terus daripada sekuad.”

“Kemudian, dia menjalani imbasan pada hari berikutnya. Pada masa ni la, ada dijumpa sesuatu yang tak kena.”

“So sekarang dia tak dapat bermain. Kita tak pasti berapa minggu dia akan berehat.”

“Tentang spesifik kecederaan beliau, ianya otot, sedikit di bahagian pinggulnya. Otot kecil.”

“Korang [wartawan] boleh la buat kajian. Namun untuk penjaga gol profesional benda ni lain sikit.”

Sebagai tambahan, Naby Keita kembali ke dalam sesi latihan. Manakala Jordan Henderson masih tidak dapat beraksi, dan diharap dapat kembali pada aksi UCL berhadapan dengan Atletico.

Shaqiri pun masih belum pulih daripada kecederaan.

Liverpool akan turun dalam aksi EPL berhadapan dengan Bournemouth di Anfield selepas tewas di tangan Watford sebelum ini.

Liverpool pastinya mahu bangkit dan mengejar kejuaraan EPL – di mana The Reds kini berada 22 mata di atas Man City.

Liverpool sudah kalah dalam 3 daripada 4  perlawanan terakhir.

Baca yang lain