Pemain Ini Kunyah Telan Nota Untuk Elak Dibaca Pemain Lawan

Pernah tak korang tengok filem Hollywood yang ala ala perisik ataupun ketenteraan. Di mana mereka akan membaca arahan daripada pihak atasan dan kemudian mendapat arahan:

“Mesej ini akan dihapuskan dalam masa 20 saat.”

Kira macam tu la.

Ndiaye memusnahkan nota

Namun pemain Trabzonspor Badou Ndiaye ada cara tersendiri untuk memusnahkan nota arahan itu daripada sampai ke tangan mush.

Beliau diserahkan satu kepingan  nota oleh jurulatihnya berkaitan dengan taktik. Dan beliau tak mahu nota itu sampai ke tangan lawan.

Cara terbaik adalah dengan mengunyah dan menelannya. Korang tengok kat sini:

Beliau benar benar mahu memastikan tak seorang pun pemain lawan yang akan membacanya. Dan Ndiaye akan memastikan arahan itu dilaksanakan oleh pasukannya.

Ini barulah amanah yang 100% terpercaya dan terjamin.

Ianya mengingatkan kita kepada detik di mana Elias Kacungha yang marah ketika kepingan nota taktikal beliau dirampas oleh Ross Wallace satu ketika dahulu.

https://twitter.com/i/status/787674483075248128

Trabzonspor diikat oleh Gaziantep dalam aksi Liga Turki semalam. Trabzonspor terlebih dahulu mendahului seawal minit ke-22 menerusi Caleb Ekuban.

Namun mereka gagal memepertahankan gol itu dan bocor pada minit  minit ke-53, hasil jaringan Kayode.

Keputusan seri ini membuatkan Trabzonspor ketinggalan 3 mata di belakang pendahulu liga Istanbul Basaksehir, yang masih belum turun beraksi pada minggu ini.

Mereka pastinya kecewa kerana tidak menggunakan peluang ini untuk mengikat mata Istanbul Basaksehir.

Persaingan Liga Super Turki ketika ini kelihatan empat penjuru. Selain daripada Istanbul Basaksehir dan Trabzonspor,  pasukan Galatasaray dan Sivasspor juga masih mengintai kejuaraan.

Selain itu, lawan mereka semalam, Gaziantep kini berada di tangga kesembilan dalam carta liga.

Mereka setakat ini sudah menang 8 kali, seri 8 kali dan kalah sebanyak sembilan kali.

Siapakah Ndiaye?

Beliau merupakan pemain kebangsaan Senegal yang bermain untuk Stoke City yang kini di liga Championship.

Namun beliau telah menyertai Trabzonspor pada Januari lalu secara pinjaman. Beliau pernah membantu negaranya mara ke perlawanan final Liga Negara Negara Afrika.

Ndiaye yang berusia 29 tahun, ada klausa pembelian tetap pada kontrak pinjamannya di Trabzonspor.

Musim ini, sebelum berpindah ke Turki, beliau bermain dalam 13 aksi bersama Stoke City.

Namun ini bukanlah kali pertama Ndiaye merumput di Turki. Sebelum ini pada 2015 beliau pernah bermain untuk Osmanlispor.

Selepas dua musim bersama Osmanlinspor, Ndiaye kemudiannya menyertai Galatasaray.

Beliau merupakan pemain tengah. Dalam kenyataan Trabzonspor sebelum ini, mereka memang membawa Ndiaye untuk membantu mereka bagi mencabar kejuaraan Liga Turki.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di