Sadio Mane Derma RM215,000 Untuk Bantu Senegal Melawan Koronavirus

Penyerang Liverpool, Sadio Mane telah menderma sektitar 30 juta CFA francs ataupun sekitar RM215,000 ke negaranya bagi membantu Senegal melawan wabak koronavirus.

Pada saaat ini, terdapat 27 kes disahkan di Senegal pada Seleasa. 2 daripada pesakit berjaya pulih sepenuhnya.

Keadaan itu pastinya merisaukan semua pihak di Senegal. Jika langkah-langkah pencegahan tidak diambil serius, ianya akan terus menular dengan banyak.

Selain daripada menderma wang, Sadio Mane turut memberikan kesedaran kepada rakyat Senegal tentang wabak koronavirus menerusi media sosial miliknya.

Sadio Mane menyeru agar rakyat Senegal mengambil serius tentang isu kebersihan.

Sadio Mane berharap wang tersebut akan dapat membantu meringankan beban pihak kerajaan Senegal dalam usaha mereka menyekat penularan wabak ini.

Sadio Mane sama seperti pemain Liverpool yang lain, di mana beliau berlatih sendiri di rumah kerana semua aktiviti bola sepak di Liverpool telah digantung.

Ini bukanlah pertama kali Sadio Mane menderma wang yang banyak kepada negaranya. Kerana menurut beliau sebelum ini, beliau hanyalah salah seorang yang bernasib baik dan dikurniakan dengan wang yang banyak di dalam hidupnya.

Jadi, beliau mahu menggunakan sebahagian wang itu untuk membantu orang yang memerlukan di negaranya terutama sekali di kampungnya.

Beliau pernah menyatakan bahawa, beliau tidak terdesak mahu menukar kereta mewah yang baru ataupun membeli jam tangan yang mahal mahal.

Kerana bagi Mane, lebih ramai yang memerlukan bantuan di negaranya. Dan lebih baik wang itu didermakan kepada mereka.

Sebelum ini Sadio Mane menyumbangkan sebanyak €270,000, untuk membina hospital dan stadium bola sepak di Senegal.

Selain itu, Sadio Mane turut memberikan bantuan €70 sebulan kepada beberapa isi rumah yang miskin di kampungnya.

Beliau juga terlibat dalam program membantu membekalkan pakaian dan kelengkapan lain kepada kanak-kanak di Senegal.

Selain daripada Sadio Mane, rakan sepasukan beliau, Alisson Becker telah membantu dalam kempen kesedaran pentingnya membasuh tangan untuk menyekat penularan wabak koronvirus.

Penjaga gol terbaik dunia itu memainkan watak penting dalam menyokong usaha World Health Organisation (WHO) yang melancarkan kempen ‘#SafeHands’.

Koronavirus terus menular di seluruh dunia. Virus yang mengorbankan hampir 80,000 nyawa di seluruh dunia pada ketika ini.

Malah di Malaysia, semalam dilaporkan virus ini sudah mengorbankan 2 nyawa.

Beberapa negara sudah mengambil langkah drastik dengan mengunci negara mereka serta beberapa tempat hot spot kepada virus ini.

Buat masa ini para pakar perubatan masih cuba sedaya upaya untuk mencari vaksin kepada virus ini.

Namun berita baiknya, semakin ramai yang sudah pulih sepenuhnya daripada koronavirus.

Di Malaysia, kerajaan Malaysia melakukan kawalan pergerakan ke atas rakyatnya bagi mengurangkan kontak di antara orang awam.

Ketika ini banyak kempen kesedaran dilakukan oleh para pemain bola sepak dalam membantu menyatakan mesej kepada orang ramai.

Kempen Stay At Home juga giat dilakukan oleh beberapa figura awam yang terkenal.

Baca yang lain