Dr Zulkilfli Minta Pekerja KFC Lapor Geng Plastik Hitam Jika Ternampak

Menteri Hal Ehwal Agama , Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memang dikenali dengan sikapnya yang santai dan mesra dengan pengikutnya di media sosial.

Terbaru beliau telah mengusik seorang pekerja KFC yang bertanyakan kenapa sudah lama tidak beliau menerusi pandu lalu membeli makanan.

Malah mereka mendedahkan Dr Zulkifli seorang yang sentiasa tersenyum apabila membeli makanan menerusi laluan pandu lalu.

Dr Zulkifli memuat naik status: “Singgah meninjau persiapan pengagihan juadah berbuka puasa di WP Kuala Lumpur bagi kariah Surau Silaturrahim, PPR Seri Alam, dan Surau Al-Aslahiyyah, Pudu melalui program Dapur It’am.”

Di ruangan balas, seorang pengguna Twitter itu bertanya: “Assalamualaikum.. Ustaz lama tak nampak drive thru kat KFC nilai Smiling face with smiling eyes.”

Mereka mengakui merindui telatah Dr Zulkifli yang mesra. Dr Zulkifli membalas tweet itu. Jawapan Dr Zulkifli disulami dengan mengusik geng plastik hitam. Agak menarik kerana beliau pun sedar akan pergerakan geng plastik hitam ini.

Lalu beliau meminta, jika ternampak geng plastik hitam ini, terus lapor kepada Jabatan Agama Islam Negeri.

“Waalaikumussalam. Agak sibuk sekarang. Moga sihat semuanya warga KFC Nilai. Kalau nampak geng plastik hitam di situ, buat laporan ke Jabatan Agama Islam Negeri ya.”

Tweet tersebut mencuit hati netizen. Malah ada memberitahu Dr Zulkifli bahawa geng plastik hitam sekarang dah advance, kerana banyak servis penghantar makanan.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan selain terbabit sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan.

Dr Zulkifli dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada Jun 2014 sehingga kini.

Terkenal dengan perwatakan warak dan sopan, beliau sering dikunjungi ibu bapa yang ingin memintanya supaya mentahnikkan bayi yang baru lahir.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di