TERKINI: Ronald Koeman Stabil Selepas Pembedahan Jantung

Ketua jurulatih Belanda yang juga bekas pengurus Southampton dan Everton – Ronald Koeman – telah dikejarkan ke hospital menggunakan ambulan.

De Telegraaf melaporkan Koeman mengadu sakit dada. Dan beliau terus dirawat di hospital. Laporan yang sama menyebut Ronald Koeman mengalami sakit jantung.

Menurut isterinya, Bartina, selepas pembedahan dilakukan dilakukan beliau beransur stabil.

Isterinya meminta agar semua pihak memberikan ruang kepada suaminya untuk berehat tanpa gangguan.

Sebelum ini Ronald Koeman menyatakan beliau melakukan aktiviti kecergasan fizikal untuk mengekalkan kesihatannya.

Koeman merupakan bekas pemain PSV Eindhoven dan Barcelona. Di mana beliau memenangi kejuaraan Eropah di kedua dua kelab tersebut.

Beliau kini melatih pasukan kebangsaan Belanda. Beliau berjaya mengembalikan semula Belanda ke kejohanan Eropah 2020. Namun begitu, Euro 2020 ditunda ke tahun hadapan.

Koeman juga membimbing Belanda menjadi naib juara Piala Negara Eropah edisi sulung pada tahun lalu.

Semoga uncle Ronald Koeman cepat sembuh dan kembali cergas seperti sedia kala.

Di media sosial, banyak sekali mesej sokongan dan doa ditujukan kepada Ronald Koeman.

Baca yang lain