RASMI: Kerja Ajaib Bielsa, Leeds Naik Ke EPL Selepas 16 Tahun

Leeds United are back! Ke tempat yang mereka selayaknya berada iaitu Liga Perdana Inggeris.

Penantian 16 tahun peminat Leeds United akhirnya terlerai. Terima kasih kepada masterclass daripada bapa taktikal mode, Marcelo Bielsa.

Kejayaan Leeds itu dishkan dengan kegagalan West Bromwich Albion menewaskan Huddersfield Town pada aksi sebelah Jumaat.

Dengan baki dua perlawanan lagi, bermakna Leeds akhirnya naik pangkat selepas kecewa pada saat akhir musim lalu.

Huddersfield berada di hadapan menerusi Chris Willock.

West Brom menyamakan kedudukan menerusi Dara O Shea.

Namun pemain muda yang dipinjamkan dari Arsenal iaitu Smith Rowe telah menjadi penjaring kemenangan pada minit ke-86.

Dengan keputusan itu bermakna Leeds akan beraksi di EPL pada musim hadapan.

Leeds kembali

Penyokong Leeds dari seluruh dunia dan saya percaya ada yang di Malaysia ini meraikan kejayaan itu sebentar tadi.

Di UK para penyokong mereka keluar ke jalanan meraikan kejayaan itu dengan laungan chant serta sorakan Viva Bielsa.

Pastinya Leeds berhak naik ke EPL. Bukan sahaja kerana status legendanya, tetapi kerana bola sepak gaya Bielsa yang berjaya diterapkan.

Bielsa dilantik pada 2018. Ia perlantikan yang agak mengejutkan. Kerana Bielsa merupakan Coach yang berstatus bintang.

Namun Bielsa sedar Leeds merupakan kelab istimewa yang memerlukan seseorang yang membantu mereka.

Pendekatan drastik dan tegas Bielsa dalam pengurusan pasukan bukannya semua orang boleh ikut. Siapa yang tak mampu mengikut kehendak beliau dipersilakan berambus.

Para pemain diterapkan dengan gaya bola sepak berani dan high tempo pressing.

Musim lalu Bielsa hampir membawa Leeds naik namun gagal pada beberapa selekoh akhir. Tak lupa juga insiden Bielsa diserang kerana scoutingnya ke atas taktikal lawan telah diterjemahkan sebagai pengitipan.

Ianya dilihat bakal menyaksikan Bielsa akan meninggalkan Leeds selepas tekanan daripada beberapa media arus perdana di England.

Akhirnya Bielsa memutuskan untuk kekal pada musim ini. Keputusan itu disambut dengan gembira oleh peminat Leeds yang sentiasa percayakan Bielsa.

Selain daripada pasukan legend mereka yang pernah menempa kegemilangan dahulu, mereka juga pernah membentuk satu lagi generasi emas era David O’Leary.

Skuad yang pernah mengejutkan gergasi Eropah di dalam kempen UCL mereka dahulu.

Nak sebut nama legenda mereka masa tu ramai sangat. Yang kemudiannya disebat kelab besar kerana Leeds berdepan masalah kewangan hasil daripada perbelanjaan terlalu mengikut nafsu.

Akhirnya dunia bakal kembali menyaksikan perseteruan di antara Leeds dan Man United serta Leeds dan Liverpool di dalam kalendar bola sepak perdana Inggeris.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di