Nenek Ini Tipu Kerajaan UK RM5.49 Juta Dalam 15 Tahun Tanpa Sebarang Alatan Canggih

Terdapat satu kes penipuan yang sangat panjang melibatkan kerajaan. Ianya berdurasi 15 tahun. Penipuan ini bukan melibatkan hacker ataupun penipu berprofil tinggi kolar putih seperti yang kita bayangkan.

Sebaliknya ia melibatkan seorang nenek tua berusia 65 tahun. Dia tidak menggunakan sebarang peralatan canggih ataupun markas siber seperti yang selalu dilakukan fraud pada hari ini.

Cukup dengan membuat muka kasihan dan mulut manis.

Christina Pomfrey telah menipu kerajaan selama 15 tahun dan dalam tempoh itu telah menikmati wang sebanyak £1 juta ataupun bersamaan RM5.49 juta. dalam bentuk bantuan wang dan yang lain lain.

Setiap bulan Pomfrey mendapat sekitar £13,000 / RM71,310 daripada tuntutan yang tidak tak berhak dapat.

Modus operandinya tidaklah secanggih yang selau dilakukan conman yang lain. Di mana nenek Tina ini tadi cuma menggunakan mulut manisnya meminta bantuan orang kelainan upaya.

Dia meminta bantuan kerana kononnya dia buta. Malangnya pada suatu hari dia kantoi membaca suratkhabar, bersiar siar dengan berjalan kaki. Paling mengejutkan dia memandu kereta untuk menjemput cucunya dari sekolah.

Christina telah ditahan dan disiasat atas penipuan / fraud. Mulanya dia menyatakan wang bantuan itu digunakannya untuk kebajikan.

Akhirnya selepas beberapa siri siasatan dilakukan Christina mengaku dia menggunakan wang itu untuk bercuti, pergi ke pusat kecantikan dan membeli pakaian yang bergaya.

Pomfrey, berasal dari Runcorn, Cheshire, dipenjara 3 tahun dan lapan bulan selepas mengaku bersalah dalam beberapa siri penipuan termasuk pemalsuan akaun.

Lebih mengejutkan dia pernah menggunakan identiti mendian bekas isteri suaminya untuk melakukan penipuan.

Dia dijatuhkan hukuman di Mahkamah Manchester Minshull Street Crown oleh hakim Judge Sophie Mckone, yang berkata:

“Kamu dengan kotornya memalsukan kecacatan kamu dan berpura pura bahawa kamu buta sepenuhnya serta mendakwa kononnya menderita pelbagai sclerosis yang memerlukan kos rawatan yang sangat tinggi.”

“Kamu menerima wang yang kamu tak layak untuk dapat.”

“Lebih 15 tahun kamu mencuri £1 juta daripada rakyat senegara dengan kamu. Wang yang sepatutnya disalurkan kepada mereka yang lebih layak, wang yang boleh digunakan untuk membantu sekolah dan hospital, tetapi telah dicuri oleh kamu.”

“Ini adalah penipuan dengan mengambil kesempatan pada kadar yang sangat tinggi.”

“Kamu kemudian menyatakan kamu membelanjakan wang itu untuk membantu orang lain yang memerlukan – ternyata ia satu pembohongan.”

“Sebaliknya kamu membelanjakan wang kamu untuk bercuti, pergi ke sesi rawatan kecantikan, tinggal di hotel dan makan di restauran mewah.”

“Kamu kemudian tidak jujur dalam permohonan untuk mendapatkan manfaat yang kamu tak layak dapat. Menipu sekali lagi tentang keadaan kesihatan kamu yang membolehkan kamu menerima lebih banyak wang.”

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di